Keindahan dalam kekurangan
Assalamualaikum wb.. Eureka... Saya tiba- tiba menyedari hakikat bahawa tiada konsep cantik atau hodoh dalam kehidupan.Semua itu, adalah kepelbagaian dalam kehidupan yang merupakan manifestasi keindahan itu sendiri. Dinding rumah saya penuh dengan lakaran dan cakaran contengan anak- anak. Juga penuh dengan poster- poster pembelajaran anak- anak. Bila saya maksud lakaran dan cakaran, sebenarnya ia memang adalah cakaran semata- mata. Bukan yang macam mural kat tadika yang cantik dan berwarna- warni tu. Dan posternya pula, kebanyakannya dah terkoyak di sana- sini. Selama ni saya tak faham kenapa... Tapi setiap kali suami cadangkan nak cat dinding rumah, saya rasa itu akan menghilangkan seri rumah saya. Sebabnya, mengecat ruang tamu rumah saya akan menghilangkan semua lakaran dan cakaran serta semua cebisan poster di dinding tersebut. Bagi saya setiap lakaran dan cebisan poster itu menggambarkan keceriaan dan kecomelan masa kecil anak- anak yang tidak mungkin akan saya j...