S aya kerap keliru mengenai tempoh darah nifas . Almaklum la, urusan melahirkan bukannya berlaku tiap - tiap hari ... Lantas untuk mendapat kepastian saya menelusuri internet untuk mendapat maklumat lanjut dan telah terjumpa dengan laman ini http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html . Berdasarkan pembacaan saya , walaupun terdapat pendapat yang berpegang kepada tempoh 40 hari , ternyata Imam Shafiee berpegang bahawa tempoh 40 adalah kebiasaan untuk darah nifas keluar . Manakala Imam Shafiee berpendapat tempoh maksima darah nifas keluar adalah selama 60 hari . Hal ini bermakna bagi kita yang mengikut mazhab Imam Syafiee , tempoh maksima untuk nifas sekiranya masih ada darah adalah 60 hari . WallahuA'lam ...