Posts

Showing posts from June, 2008

Gawat

Merawat gawat bergelut selut terjerat hasrat kian parah kian punah kecuali yang tabah...

Majalah Harmoni

HARMONI merupakan sebuah majalah kekeluargaan yang banyak memberi fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti pengurusan rumahtangga dan kewangan, masakan, kesihatan, psikologi keluarga, pendidikan anak-anak, kraftangan serta banyak lagi tip-tip dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia wanita dan keluarga mereka. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Oktober 2004. Majalah Harmoni juga diperhatikan menggunakan pendekatan menarik dalam paparan muka depan di mana golongan selebriti seperti Ina Naim dan Lisdawati pernah dipaparkan sebagai personaliti muka depan. Secara ringkas, majalah Harmoni sesuai sebagai bacaan rujukan bermanfaat keluarga. Sasaran:Keluarga&Wanita. Umur:20-35 tahun. Terbitan: Dwi Bulanan. Laman web: http://www.utusankarya.com.my

Kita harus berubah

Hatiku berbisik lagi. Keperluan kian mendesak. Minda kita harus berubah seiring dengan masa. Andai kita gagal berubah, kita akan pupus. Kita akan pupus seperti dinosour yang pada suatu ketika dahulu merupakan makhluk yang gagah. Namun, kini mereka hanya wujud dalam rakaman sejarah. Hanya tinggal nama. Aku pasti kita akan mengalami nasib yang serupa seandainya kita masih enggan beranjak dari takuk sekarang. Kita pun akan tinggal nama sahaja. Manakan tidak. Enggan berubah bermakna kita tidak bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Seperti sekarang, kenaikan harga petrol ternyata amat menekan. Poket yang telah sedia kempis sudah kian kontang. Akibatnya, kita turut tertekan. Jiwa yang tertekan mengakibatkan minda tidak mampu berfikir dengan waras. Rumah tangga bakal berantakan. Ibu bapa berusaha untuk memastikan kehidupan keluarga terjamin sehingga tidak menyedari anak-anak terabai. Suami sudah jarang berada di rumah. Isteri kian sepi. Suami kian menyendiri. Anak-anak kian ...

Lakaran kata

Getus angan yang menerobos ke tingkap mindaku tidak lagi mampu ku tepis. Lantas, satu demi satu serpihan kenangan menerpa dan bercantum semula. Namun tidak begitu jelas imej-imej yang terpantul darinya. Rekahan cermin itu seolah-olah tersenyum mengejekku yang begitu takut untuk berhadapan dengan sejarah silam. Sejarah yang pada sesetengah orang harus dikambus dalam-dalam di dasar ingatan. Biar bumi terpongkah. Biar gunung bergoyah. Jangan sekali-kali kenangan itu terbongkar. Jalur cahaya yang menerobos di celah-celah rekahan itu amat menyilaukan mataku. Serasa mahu buta dek dinar jingga kemerahan itu. Mahu aku sirna di dalamnya. Biar seluruh warga dunia tidak lagi mampu mengejekku. Biar mereka sedar bahawa aku juga punya hati. Aku juga punya perasaan. Perasaan ingin dihormati. Harga diri yang telah lama menyepi di dalam ketidakupayaan ini. Ah... Mana mungkin aku mampu memiliki harga diri. Golongan seperti aku ini hanya mampu menerima hinaan dan ejekan. Itulah yang selayaknya untukku. M...

Generasi Wawasan

Anakku, Selendang budaya di bahu semurni kejap kerudung melitup lembar maruah dijunjung permata ibunda ditatang amanah ayahanda tersulam di benak sukma Anakku, di persada jagat kau bersimpuh santun menyusun susur galur kesopanan merentas anjung globalisasi yang berbaur debu kelabu hedonisme yang membelenggu anakku di taman jati diri ini akan kau raih kekuatan akan kau rengkuh keazaman demi mendokong cita-cita semurni wawasan seindah kenyataan

Keupayaan Modal Insan Menangani Krisis

Krisis ekonomi antarabangsa akhirnya dirasai di negara kita terutama apabila kenaikan harga petrol sebanyak 82 sen setiap liter diumumkan awal Jun yang lalu. Ramai yang merungut dan tidak kurang juga yang memuji langkah kerajaan menarik balik subsidi petrol yang telah sekian lama dinikmati. Pihak yang bersetuju berpendapat bahawa subsidi petrol hanya dinikmati oleh sebahagian masyarakat yang memiliki kenderaan sahaja yang rata-ratanya berpendapatan tetap manakala kumpulan masyarakat yang berpendapatan lebih rendah tidak berkesempatan menikmati subsidi tersebut kerana tidak memiliki kenderaan. Justeru, secara teorinya tindakan menarik balik subsidi petrol adalah langkah yang bijak dengan syarat penjimatan tersebut harus disalurkan untuk tujuan yang lebih berfaedah dan berupaya memanfaatkan semua. Hal ini bersesuaian dengan peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan dalam menangani masalah ekonomi ketika negara dihimpit krisis. Namun, pada masa yang sama kita tidak harus menaf...

Interior Plantscaping

Interior Plantscaping - Bringing the Outdoors in Interiorscaping originated in the Denver Metro area some time in the late 1950's or the very early 1960's. A small group of plant people came up with the novel idea of placing houseplants in offices for hire. Today the trade has grown and matured into a multi-million dollar industry. Every where you go... offices, hotels, banks, shopping malls, restaurants, airports... all have live tropical plants enhancing their interior environment. Many modern buildings are actually built around the placement of interior plants. But why plants? You may not realize it... but interior plants can be a powerful tool: Employee productivity... productivity is one of the greatest benefits of interior plants. Studies have shown that work areas with interior plants increase employee moral, productivity and employee job satisfaction. Large open areas... will feel more inviting. Interior plants function as sound absorbers removing the echo from large sp...

Lucky bamboo

Petikan dari pelbagai laman web yang dinyatakan. Quick Tips: Lucky Bamboo As millions of "lucky" consumers around the world have discovered, Lucky Bamboo makes the perfect house or office plant. It needs little care - only aboutt an inch of water and little direct sunlight to keep it happy and thriving... What is Lucky Bamboo? Known for centuries as Lucky Bamboo, the plant is not a bamboo at all (botanical name: Dracaena) but a resilient member of the lily family that grows in the dark, tropical rainforests of Southeast Asia and Africa. How Much Care Does Lucky Bamboo Need? Keep water fresh by changing it every week, and always keep water levels at approximately an inch from the base of the canes. Lucky Bamboo prefers plenty of indirect sunlight and room temperatures at 65-70o. Although opinions differ on feeding, your Lucky Bamboo is a living organism, so it makes sense to occasionally add a mild solution to the water such as African Violet fertilizer. Since growth can be c...

Cerpen Rujukan: Petikan Utusan Malaysia

Utusan Malaysia : 08/06/2008 Maklumat penulis tiada dinyatakan. Prelude Ada hari dia berasa seperti berada di salah sebuah kepulauan di Caribbean. Hari ini dia berasa seperti berada di Jerlun. Terutama di saat-saat mendengar gesekan biola Dennis Lau dengan lagu 'Prelude'nya. Kereta yang sudah berusia sepuluh tahun itu terus melunjur ke alam nyata, menuju arah gunung ganang yang berlapik-lapik seperti sebuah lukisan. Memang pemandangan menuju ke Gunung Senggol dari Kuala Sewang itu sebuah percutian mahal baginya. Setiap hari dia memandu ke tempat kerja adalah satu percutian yang indah baginya. Dia bersyukur. Benar-benar bersyukur kerana mempunyai ruang dan waktu berhenti sebentar untuk menghidu wangi mawar di jalanan. Arwah Samad meninggal begitu sahaja. Di atas timbunan kertas kerja projek-projek besar, mengejar masa. Pada usia 38 dia tidak ada masa untuk bersosial dan pada hari kematiannya, dia masih teruna. Tanpa baka untuk meneruskan perniagaannya yang kian meningkat. Hani m...

Terapi Taman Mini

Kian hari, kemelut kehidupan kian mencabar diri setiap individu bergantung dengan peranan beliau dan suasana di mana beliau berada. Cabaran kehidupan sebagai seorang ahli keluarga tetap menguji kesabaran tidak kira sama ada beliau seorang bapa, ibu atau seorang anak. Manakala cabaran kerjaya juga tidak boleh dipandang ringan terutama dalam era teknologi maklumat yang tidak lagi mengenal erti sempadan masa dan tempat. Justeru, setiap individu harus bijak menangani setiap cabaran untuk memastikan keseimbangan fizikal dan minda dapat dikekalkan demi untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih bermakna dan ceria. Seorang individu yang cemerlang harus bijak mengenal pasti petua atau tips yang boleh diamalkan sebagai terapi untuk mengekalkan ketenangan minda selepas menjalani aktiviti harian. Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk menenangkan minda bergantung dengan kecenderungan masing-masing. Sebagai contoh, seorang yang meminati suasana laut boleh meluangkan masa untu...