Posts

AKu kini m engerti

Ibu tersulam sabar di jiwamu sembilan bulan sepuluh hari aku kini mengerti

Pelangi Pagi- Puan Khadijah Hashim

Hari ini saya berasa gembira. Kenapa? Ada beberapa perkara yang menggembirakan hati saya. Pertama, semalam saya telah terjumpa beberapa buah buku yang ditulis oleh penulis-penulis wanita tersohor tanahair seperti Puan Fatimah Busu dan Puan Khadijah Hashim. Sebenarnya buku-buku tersebut pernah saya baca semasa saya masih kecil. Ibu saudara saya, seorang guru gemar membeli pelbagai jenis buku dan saya kerap "menyelongkar" almari buku beliau. Salah satu daripada buku-buku yang saya jumpai bertajuk "Pelangi Pagi" tulisan Puan Khadijah Hashim. Buku ini menyimpan kenangan bagi diri saya. Sempena ulang tahun saya yang kesepuluh, ibu saudara saya seorang guru tersebut telah menghadiahkan saya buku novel Pelangi Pagi dengan pesanan sekiranya saya tidak lagi berminat dengan buku tersebut, saya hendaklah mengembalikan buku tersebut kepadanya. Pesanan ini menunjukkan betapa bernilainya buku tersebut kepadanya dan buku bernilai tersebut telah dihadiahkan kepada saya yang masih h...

Orang berbudi kita berbahasa

Adat orang kita, "Orang berbudi kita berbahasa". Namun atas nama globalisasi dan perniagaan, saya sendiri tidak tahu telah dicampak ke lautan mana adat budaya kita. Baru sebentar saya menerima panggilan telefon dari satu nombor yang tidak dikenali. Berdasarkan adat bahasa, salam diberi harus disambut, saya menjawab panggilan tersebut. Keadilan juga harus diberikan kerana setiap orang berhak diberi peluang untuk menyatakan hasratnya. Sebaik sahaja punat jawab yang berimejkan gagang telefon berwarna hijau ditekan, suara halus wanita yang amat sopan menyapa telinga saya dengan salam. Salam yang diberi saya jawab dengan nada sopan yang serupa. Dengan penuh kelembutan dan berbudi bahasa, pemilik suara menyatakan hasratnya untuk membuat penghantaran kad penghargaan untuk pemilik kad kredit yang masih aktif yang telah bernasib baik terpilih untuk skim tersebut. Saya mengiakan sebagai isyarat bahawa beliau boleh meneruskan cerita beliau. Namun apabila beliau bertanya mengenai bank ya...

Batuk

Mak Jah menarik nafas panjang. Dadanya terasa pedih seolah-olah dicucuk jarum. Tangan kanannya mengurut-urut dada. Mungkin dapat mengurangkan sakit yang dirasainya sekarang. Dilepaskannya penyapu lidi yang sedang dipegangnya ke tanah. Perlahan-lahan Mak Jah melangkah ke arah pangkin kayu di bawah rumah. Selipar yang mengalas kakinya diseret di atas tanah. Serasa tidak berdaya dia hendak melangkah ke pangkin yang hanya beberapa tapak sahaja di depannya. Mak Jah dicengkam hairan. Akhir-akhir ini dia mudah letih walau melakukan kerja ringan. Mak Jah menghempaskan punggungnya ke pangkin. Belakang tapak tangannya menyapu dahi yang dibasahi sedikit peluh. Mata Mak jah dilontarkan jauh ke tengah bendang yang menghijau. Sayup-sayup tersergam bukit-bukit yang melatari pemandangan desa yang indah itu. Mentari petang memancar dengan lembut. Mata Mak Jah terasa layu. Mengantuk dibuai bayu. "Assalamualaikum, Mak Jah," suara halus menyapa telinga Mak Jah. Dia menoleh ke arah suara tersebu...

Rumah

Sepanjang tempoh tiga puluh enam tahun aku menyedut udara segar di bumi Allah ini tanpa disedari telah cukup banyak juga aku mengembara. Walau mungkin tidak seperti orang lain yang telah menjenguk ke seluruh pelosok dunia, namun boleh dikatakan kehidupanku tidak terhad kepada satu kediaman sahaja. Menurut ibu, kami tiga beradik yang tua dilahirkan di kampung asal nenek dan datuk kedua-dua belah ibu dan abah di pinggir Sungai Sarawak. Namun, samar-samar dalam fikiranku, kami pernah menghuni rumah kayu di tepi jalan yang sunyi. Rumah tersebut terletak berhampran dengan hutan. Di belakangnya terdapat bukit batu kapur. Terbayang juga di ruang mataku sebuah perigi yang jernih airnya. Semasa tinggal di rumah itu ibu melahirkan anak perempuannya yang keempat di Hospital Kuching. Namun, tiba-tiba kami kembali semula ke kampung. Menurut ibu, kami terpaksa berpindah balik ke rumah nenek di kampung kerana risaukan keselamatan kami anak beranak ketika abah bekerja. Memang abah bekerja syif malam s...

Monolog

Ruang kosong yang menghuni cepu fikirnya dikuak perlahan. Jemarinya mula rancak bertandak di atas petak huruf papan kekunci. Satu demi satu aksara muncul di skrin komputer di depannya. Matanya tajam menancap bait-bait kata yang mula bercantum membentuk patah ayat. Dia tekun menyusun aksara-kasar tanpa menghiraukan sama ada telah melahirkan sebarang makna. Saat itu dia enggan mengalah kepada kotak mindanya yang menghantar mesej kononnya tiada sebarang maklumat yang ada. Dia harus menafikan fakta itu yang tidak semestinya tepat. Dia percaya bahawa dialah yang seharusnya mengawal aktiviti mindanya dan bukan sebaliknya. Dia harus yakin. Dan dia harus menghanttar mesej itu kembali kepada pusat pemproses data di mindanya. Aku yang mengawal, bukan dikawal. Dia berbisik tegas.

Bukit

Sinar mentari petang terdampar di meja kerjaku. Pandanganku sedikit silau. Aku meninjau ke luar tingkap lewat cermin kaca di sebelah kiriku. Nun jauh di kaki langit tersergam deretan bukit. Nampak membiru. Puncaknya jelas kelihatan seolah-olah memesrai awan-gemawan yang menipis di dada langit..