Mencabar Diri
memang sukar
setelah sekian lama berhenti menulis
untuk kembali
tahun 2023 bermula dengan keresahan
khabar angin akan dipindahkan tempat bertugas
hanya selepas berpindah masuk 6 bulan sebelumnya.
penghujung bulan januari 2023
menerima arahan untuk melaporkan diri ke pejabat baru
sekiranya menerima tawaran kenaikan pangkat.
awal februari 2023 melapor diri di pejabat baru
tapi masih bertugas di pejabat lama sehingga penghujung februari
untuk menyiapkan kerja yang belum selesai.
hari ini telah hampir tiga bulan berada di pejabat baru
perlahan- lahan cuba untuk menyesuaikan diri,
berpindah ke tempat baru
ke tempat yang asing
keluar dari zon selesa
dalam tempoh setahun sahaja
telah berpindah masuk ke dua tempat baharu
satu cabaran
namun mengajar untuk kita berubah
ke aras yang seterusnya.
semoga kita sentiasa membuka ruang untuk diri
menghadapi cabaran melangkah ke wilayah
yang tidak pasti.
24.03.2023
Comments
Post a Comment