saya menghadiri bengkel penulisan artikel dan kreatif anjuran dbp sarawak kerana hendak meningkatkan kemahiran menulis artikel. tetapi, kerana masa yang terhad kami perlu memilih satu jenis sahaja dan kebanyakan peserta memilih untuk belajar penulisan kreatif; cerpen dan sajak. walaupun pada mulanya saya terkilan kerana beranggapan penulisan kreatif terutama sajak hanya untuk mereka yang berjiwa sentimental sahaja, akhirnya saya seronok apabila telah diajar serba sedikit cara menghasilkan sajak. saya seronok kerana “sajak” pertama saya dapat ditegur oleh pengajar yang bermakna saya berada di “jalan” yang betul. sejak itu saya seronok mencabar diri bermain dengan kata dan makna yang kononnya menulis sajak, walaupun hakikatnya ia hanya ungkapan kata saya yang biasa-biasa sahaja. walaupun hanya mengungkap kata- kata biasa yang belum layak dipanggil sajak, saya tidak akan berhenti mencuba kerana proses belajar tidak pernah ada penghujung. seperti kata penyair, ...