Sepasang mata


Selepas "berlari" sejauh 4 km, saya dan suami singgah sarapan di kedai.  Saya pesan mee kari jawa istimewa.


Memang sedap. Lepas makan, suami tegur dekat dagu saya ada sisa makanan  dan tolong buangkan. 

Terdetik di dalam hati. Sunnah kehidupan, semuanya wujud berpasangan. Siang malam, hujan panas,  susah senang, lelaki perempuan, suami isteri.

Setiap orang memiliki sepasang mata, tapi keupayaannya tetap terhad. Tanpa bantuan cermin, mata tidak berupaya melihat objek yang terletak pada kepala yang sama dengan mata.

Justeru, peranan sepasang mata yang terletak pada kepala yang lain amat diperlukan untuk memantau objek tersebut. Dan kepala tersebut adalah kepala seseorang yang rapat dan sentiasa sanggup untuk menegur walaupun menghadapi risiko mengecilkan hati pemilik mata yang satu lagi.

Khulasah, atau kesimpulannya....

"Lu Pikirlah Sendiri"

;)

Comments

  1. assalamualaikum...

    sepasang mata, hanya dapat melihat mee jawa yang sedap itu...
    Jadi , kesimpulannya...mee jawa berpasangan dengan sate amat sedap sekali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaikumsalam...


      Haha.. Amat tepat sekali... Sepasang mata dan sepinggan mee jawa.. Dilengkapkan dengan kehadiran sate yang sedap... :)

      Yummy... ALhamdulillah..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Koleksi Buku Motivasi HM Tuah Iskandar (Terpakai)

Sajak Dr Lim Swee Tin