Anak mama dah besar

Assalamualaikum wb...


Malam ni Fatihah berada di Taiping, Perak. Dia berkampung di sana selama seminggu sehingga hujung bulan bersama dengan peserta- peserta catur MSSM 2013 yang lain.

Sepanjang minggu lepas dia berkampung di Sarikei kerana menghadiri latihan pusat utk wakil catur MSSS. Maknanya dia tidak bersama keluarga selama 2 minggu penuh.

Rasa tak percaya yang anak kecil saya akan pergi ke tempat asing sendirian tanpa diiringi keluarga. Hanya guru pengiring yang saya titipkan pesan untuk menjaga anak saya.

Walaupun berat hati nak lepaskan, tapi memandangkan peluang untuk mewakili negeri dalam sukan bukanlah akan datang selalu, saya dan suami kuatkan hati. Lagipun, pengalaman macam ni akan memberi peluang untuk dia merasai sesuatu yang berbeza dari kehidupan harian yang boleh dianggap selesa.

Menang atau kalah bagi saya bukan perkara utama. Yang penting, kembalinya Fatihah ke rumah nanti, dia akan menjadi lebih dewasa dari sebelum ini, In sya Allah.

Gambar kat bawah adalah semasa pemilihan peringkat bahagian untuk mencari wakil MSS Bahagian Kuching awal Februari lepas. Tujuh pelajar lelaki dan perempuan dari sekolah Fatihah berjaya mewakili Bahagian Kuching untuk bertanding di Miri pada hujung Februari lepas dan 3 dari mereka akhirnya tersenarai mewakili MSSS dalam kategori 12 tahun ke bawah.

Good Luck Fatihah dan semoga Allah mudahkan urusan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida