Posts

Showing posts from May, 2012

Cubalah untuk lebih memahami

Assalamualaikum wb... Setiap hari berdepan dengan kerenah anak- anak, pada hakikatnya memang sukar untuk mengelakkan dari perasaan marah. Terutamanya bila kita rasa ragam mereka mencecah tahap melampau. Tapi, jauh di sudut minda rasional saya, apa yang saya hadapi sekarang  sering mengembalikan nostalgia zaman kecil saya sendiri. Malahan zaman remaja saya.  Mudah merajuk, mudah menangis, cerewet.....  Petang semalam, suami ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Anak- anak disuruh tukar pakaian. Maryam tiba- tiba mengamuk sakan hanya kerana suami saya suruh dia tukar ke pakaian yang lebih elok. Sedangkan, semasa saya balik saya tengok dia amat ceria. Mulanya memang saya marah sangat tapi malas nak layan sebab tak nak rosakkan suasana seronok yang lain yang nak makan di luar. Saya cuma dengar dia membebel dalam tangisannya. Akhirnya sebab kasihan, saya tanya apa yang dia sedihkan sangat. Rupa- rupanya, Maryam kecewa sangat sebab saya tak peras...

Ringkas dan Manis

Assalamualaikum wb... Ringkas dan manis. Short and Sweet . Saya suka baca entri blog yang ringkas dan manis. Tapi saya sendiri sukar nak buat entri yang berbentuk macam tu. Kalau saya cuba nak buat, saya rasa macam tak cukup untuk menyampaikan maksud yang tersirat di hati saya. Sebaliknya, saya akan cuba nak membuat penjelasan yang panjang berjela- jela. Sebenarnya di situ tersemat mesej yang penting. Mereka yang menguasai perbendaharaan kata yang luas berupaya untuk menyampaikan makna melalui susunan kata yang paling ringkas. Dan, saya akhiri entri saya di sini... :) Bilah Kata Bilah kata libasnya tajam mencantas jiwa pedih mencengkam mentari pun terluka sehingga ke senja. WallahuA'lam.

Still in Testing mode

Image
Testing , a photo by ummufatihah on Flickr. "Still in testing mode. "- this is what i had typed in sending mode Flickr. Via Flickr: "Sent from my Nokia phone" -this is the message appeared in my Flickr when i uploaded the photo through email from my mobile. The message then appeared as description in my photostream. Click "add description" when sharing the photo to blog and let see how it would appear in the blog.

ummufatihah's photostream - testing

Image
ummufatihah's photostream on Flickr. Multiple photos shared from Flickr account. How would it look like?

Testing Flickers

Image
Testing Flickers , a photo by ummufatihah on Flickr. Testing.. Testing.... Via Flickr: Testing flickers

Bila Tuhanku Berbicara

Bila Tuhanku berbicara, bukalah minda kerana memang selamanya ia di situ ayat dan tanda buat jiwa yang bersedia untuk mendengarnya. Tuhanku bukanlah aku yang terbaik di antara hambaMU namun  ibadatku hidupku dan matiku semata   untukMU 

Di Ruang Itu

Assalamualaikum wb. Di hati saya, lapangan terbang adalah suatu tempat yang penuh emosi. Lapangan terbang adalah lambang sama ada pertemuan atau perpisahan. Saat berjumpa, kita selalunya gembira, walaupun tidak semestinya. Begitu jua bila berpisah. Ada yang gembira bila berpisah, namun biasanya perpisahan hanya menjanjikan kesedihan. Perasaan dan pendapat ini  telah lama saya rasai. Saya melanjutkan persekolahan di Semenanjung dan lapangan terbang merupakan gerbang utama untuk saya berjumpa atau berpisah dengan keluarga tercinta. Berjumpa hanya untuk beberapa ketika tetapi sekiranya berpisah, untuk satu jangka masa yang lama. Emosi saya yang berkaitan dengan lapangan terbang berterusan sehingga ke zaman universiti dan dilanjuti sehingga ke kehidupan bekerja. Dengan kawasan geografi yang luas di negeri saya, perjalanan udara merupakan pilihan pengangkutan yang paling cepat. Urusan rasmi di luar stesen kebanyakannya memerlukan saya berada di lapangan terbang. Sementara me...