Semerah Cinta Stilleto...
Assalamualaikum wb.. Sekadar mengimbau... Pernah tidak lama dulu sekumpulan lelaki di Amerika menganjurkan acara jalan kaki dengan berkasut tumit tinggi. Menurut mereka, ia merupakan satu cara untuk mereka kaum lelaki di Amerika menyatakan sokongan terhadap wanita yang memikul pelbagai tanggungjawab di dalam institusi keluarga khasnya dan di dalam masayarakat umumnya. Saya tertanya- tanya sendiri. Mengapa mesti kasut bertumit tinggi dijadikan simbol seorang wanita?. Nampaknya saya bukanlah salah seorang dari wanita yang mereka maksudkan, kerana saya tidak memakai kasut tumit tinggi dan tidak pernah selesa berkasut tumit tinggi walaupun saiz ketinggian saya seperti amat memerlukan kasut tumit tinggi. :) Rasanya banyak cara lain yang lebih dekat dengan golongan wanita yang boleh dijadikan simbol untuk meraikan pengorbanan kaum wanita. Kenapa kasut tumit tinggi yang berperanan utama dalam menonjolkan penampilan fizikal wanita pula yang terlintas di fikiran mereka. Malahan ...