Mati itu pasti
Akhir- akhir ini saya dan suami cenderung membeli dan membaca buku mengenai alam akhirat. Kenapa tiba2 baca buku pasal alam akhirat ni? Takkan tak tahu pasal kehidupan selepas mati atau alam kubur? Itulah pasalnya. Saya sebelum ni tak ambik kisah sebab saya rasa saya arif mengenai perkara ni. Siapa yang tak tahu dak? Selepas seseorang itu meninggal dunia, dia akan menjalani kehidupan di alam kubur. Malaikat Munkar Nakir datang tanya. Kalau banyak amalan kebaikan akan mudah menjawab soalan mereka. Kubur pun terang. Tak de ulat dan lipan datang. Tapi kalau tak cukup amalan, sukar nak jawap soalan. Kubur pun gelap dan nanti banyak ulat dan lipan datang. Tapi, sekali tu Fatihah tanya macam- macam pasal alam kubur. Itupun sebab kami singgah kat masjid untuk solat dan masjid tu pulak dikelilingi oleh kawasan perkuburan. Bila Fatihah mula tanya, saya tengok suami. Suami pun tengok saya balik. Kalau dapat jawap pun, sikit jer. Tak boleh jawap dengan panjang lebar. Baru saya sedar, yang ilmu pe...