Posts

pelangi bahagia...

Image
Titisan air mata  di pipi gebumu kesatkan ia  kerna detik semalam  telah lama berkelana nun di ufuk timur tidakkah kau lihat segaris cahaya kuning yang bakal menjingga menyelaputi pohon angsana dan  daerah hatimu akan ceria bersama warna-warni pelangi yang menjanjikan esok yang bahagia... =latih tubi 0130 am 30.04.09=

Mega Nisaa

Image
Setelah berhempas-pulas beberapa hari, akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan novel yang "amat" tebal ini. Sebenarnya novel Mega Nisaa hasil karya Azmah Nordin terbitan DBP tahun 2005 ini telah lama saya beli namun belum berkesempatan untuk membacanya. Di antara sebabnya adalah kesibukan aktiviti harian dan mungkin juga kerana ketebalannya yang pada jangkaan saya  hacita2 untuk menikmati tulisannya suatu hari nanti bila saya mempunyai kelapangan. Lantas pada masa yang terluang sekarang ini saya pergunakan sebaiknya untuk menikmati novel ini. Walaupun tulisannya sedikit berat pada pendapat saya namun saya tetap menghargai penulisannya yang sarat dengan penggunaan kata yang indah dan pelbagai. Secara ringkasnya novel ini mengangkat isu  feminisme sebagai temanya. Ia dikupas melalui perjuangan watak-watak utamanya untuk menghapuskan eksploitasi wanita dan kanak-kanak dalam industri pengiklanan.  Antagonis novel ini pula adalah golongan lelaki yang terlibat di dalam industr...

anakku...

Image
                   Gelak tawamu                 bunga mekar harum                   di taman hati                      sendu tangismu                  sapa mesra berlagu                     di lembah jiwa                      maka anakku          andai sekali sekala aku terleka              maafkan aku ibumu              yang mungkin alpa... -latih tubi 1636 pm 28.04.09-

Asiah- Hari yang ke-30

Image
Semalam Asiah puteri saya genap berusia 30  hari. Alhamdulillah dia menjalani hari-hari awalnya dengan lancar. Cuma kulitnya masih sedikit kuning. Insya'Allah pada hari Khamis nanti dia akan menjalani  ujian darah semoga kuningnya akan berkurangan di bawah 10.  Setakat ini saya masih lagi berehat-rehat di rumah mengisi masa terluang dengan membaca di selang-selang meladeni kehendak Asiah. Laporan projek akhir kuliah telah dihantar ke pihak Uni tetapi tarikh pembentangan masih lagi berubah-ubah. Tarikh paling terkini adalah 16 April setelah mengalami perub ahan dua kali. Selesainya pembentangan menandakan pengajian saya telah selesai sepenuhnya selepas berhempas pulas selama lebih dua tahun (semenjak januari 2007). Tamatnya pembentangan juga bererti saya telah benar-benar merdeka setelah dua tahun cuti hujung minggu saya dikorbankan.  Sekali-sekali saya juga mengasah minda kreatif saya dengan mencuba untuk menghasilkan sajak (entahl ah sama ada is boleh dipanggil sajak... :).  Semal...

tikar harapan

dalam kasmaran kau tuangkan deritamu ke cawan sepiku menagih secarik simpati untuk kau selubungkan kedinginan silam yang merusuh  kian dalam kian suram di kaki malam lantas kuhamparkan tikar harapan yang kusam moga saki baki deritamu bisa menemu  alas bahagia... -latih tubi 1205 28.04.09-

Diri yang mati...

Dalam degup yang ramah kau menegur mentari merah yang bergetar resah di gemersik awan gelisah} citra kedua2 baris nampak sedikit tersasar berbanding  menelusuri sungai pasrah} dengan baris2 lain, dicadangkan dikaji semula hanya berserah kian engkau bersembunyi kian dirimu terserlah menyapa sunyi menguak lelah akhirnya kau diam menyepi memerhati diri yang kian mati.... (Latih tubi 11.30 pm 27.04.09)

gemerlap permata

Di dasarmu  gemerlap permata yang setia menanti untuk ditemui bakal menyinar  degup jiwa pencinta yang tekun mencari cahaya di kemuncak jaya... *latih tubi 1015 pm 21.04.09