tanyalah pakar
Saya suka bila bersua pakar dalam sesuatu bidang. tak kisahlah apa jua bidang. pakar buat kek, pakar baiki telefon bimbit, pakar baiki jam, pakar mengait, apatah lagi pakar di bidang professional. untuk menjadi seorang pakar, perlu fokus, dan arif serta yakin dengan kelebihan diri. lantas, kelebihan itu boleh sahaja dijadikan sumber pendapatan utama atau sekadar hobi di kala santai. di saat kita gelisah atau berduka, keasyikan dengan aktiviti seperti ini berupaya mengheret ke dunia kita sendiri sehingga beban emosi yang ditanggung lenyap begitu sahaja. mari kenali diri dan bina kekuatan emosi.