Putera- Puteri Lembah Serapi
(Ditulis untuk memenuhi hajat rakan alumni yang perlukan sajak untuk majlis berbuka puasa terakhir di sekolah yang akan berpindah tapak baru tidak lama lagi. Akan diserahkan malam ini dan terpulang untuk diolah semula kerana pada mulanya memang tak sanggup nak buat tapi beliau masih nak jugak saya buat setakat yang mampu) Putera- Puteri Lembah Serapi Di daerah ini bertaburan mutiara kenangan di kaki gunung di tepi padang di pinggir hutan suatu waktu pernah hati ini diusik resah daerah ini terlalu asing di jiwa yang baru menjejak dunia remaja terlalu sunyi daerah ini terlalu asing tanah ini terlalu sepi jiwa ini menghitung hari untuk kembali ke dakapan mesra ayah dan bonda saat hari menganjak tahun tabah melangkah jiwa remaja mula melakar cita membina sepi menjadi menara mimpi menyusun sunyi menjadi kota inspirasi di sebalik kenakalan yang mencabar kesabaran kita bina semangat kita lakar janji teguran dan na...