Bersyukur amat sukar hanya akan sedar saat hilang dari pegangan Kaya bukan hanya harta dunia juga nikmat kehidupan dan nyawa serta sanak saudara selagi dapat bersama
Pagi tadi saya terdengar segmen baca sajak di IKIM.FM. Rasanya ini kali kedua saya terdengar sajak tu. Saya suka sangat pemilihan kata dalam sajak tu. Pelbagai jenis kata dan indah2 pulak tu. Bukan macam saya, balik2 yang tu.. balik2 yang ni... Nampak sangat perbendaharaan kata saya masih terlalu kontang. Saya tunggu sampai habis. Rupa2nya penulisnya ialah Dr Lim Swee Tin. Tajuknya lebih kurang bunyi nih " Ini Cerita Beranda Rumah Kita". Saya cuba google tapi tak jumpa. Ada terjumpa satu tapi cuma dalam forum. Takut tersilap quote, jadi saya tak berani ambik. Sebenarnya saya mengkagumi Dr Lim Swee Tin sebelum saya mengetahui siapa dia. Saya pun baru berjinak2 dengan sajak ni. Kira masih mentah sangat. Kalau budak kecik kira baru masuk taski. Sebelum tu saya terlihat wajah dan aksi Dr Lim Swee Tin semasa beliau mendeklamasikan sajak2 berunsur patriotik di televisyen. Saya tidak mengenalinya tapi terpana kerana seorang bukan Melayu begitu fasih dan bersemangat mendeklamasikan ...
Assalamualaikum wb. Salam 5 Syaaban 1432 Hijrah. Tak sampai sepurnama, cahaya Ramadhan akan kembali menyinari jiwa kita. Semoga kita sama2 akan dianugerahkan peluang untuk yang kesekian kalinya menikmati keindahan Ramadhan, Insya'Allah. Minggu ini juga merupakan Sabtu terakhir kami sekeluarga bersama pembantu kami, setelah 7 tahun bersama di bawah satu bumbung. Tak dinafikan, setelah sekian lama bersama, walaupun hanya seorang pembantu, terlalu banyak pahit manis yang kami kongsi. Dan Alhamdulillah, saya amat2 bersyukur kerana saat perpisahan dia dan keluarga kami, bukanlah perpisahan yang disebabkan kejadian yang negatif. Dia menamatkan perkhidmatannya kerana telah berkahwin hujung tahun lepas dan suaminya akan tamat kontrak kerja di sini. Saya sebagai seorang yang telah merasa pengalaman hidup berasingan dengan suami kerana keperluan tugas dan menuntut ilmu, amat memahami situasi tersebut. Memang sebelum ini setiap kali permit kerjanya tamat, saya akan beri peluang dia untuk memp...
zikir dan fikir...:)
ReplyDeleteSalam Mai,
ReplyDeleteWelkam back..:)..
Betul ya, zikir dan fikir.. :)..