bersyukurlah
petang tadi menghadiri majlis doa selamat rakan sekerja yang bakal menunaikan fardhu haji. hari saya berbisik, untungnya mereka ada kawan-kawan yang mengadakan majlis keberangkatan mereka. dulu semasa saya hendak berangkat menunaikan haji pada tahun 2017 di pejabat lama, tak ada rakan pejabat yang buat majlis seperti itu. oppss, manusia memang bersifat pelupa. selepas iti baru saya teringat, saya juga ada diraikan dalam sebuah majlis oleh rakan sepejabat sempena keberangkatan saya. kita selalu merasakan yang kita serba kekurangan dan diabaikan. mudah melupakan nikmat tapi sukar melupakan ujian kesusahan. bersyukurlah, maka akan ditambah nikmatmu, in sya Allah. 11.58 mlm 25.05.2023