“ when the going gets tough the tough gets going” -bila kehidupan menjadi sukar, suatu masa, kesukaran itu pasti akan berlalu- setiap kelahiran itu adalah anugerah yang tidak ternilai. ia membawa pengalaman baru kepada ayahibu. diikutkan hati yang ingin memastikan anak- anak sentiasa berada dalam keadaan selamat, biarlah mereka sentiasa berada di pandangan mata orang tua. namun hakikatnya, kehidupan perlu diteruskan. tanpa kesukaran, mana mungkin anak- anak belajar untuk menjadi dewasa. seperti seekor burung yang perlu menguatkan sayap di saat muda untuk boleh terbang tinggi di udara. saat anak tidak lagi di depan mata, yang tinggal hanyalah kepercayaan yang perlu dibina, bahawa didikan dan prinsip yang dibekalkan bisa menjaga anak supaya sentiasa berada di landasan yang terpelihara. 19 tahun yang lalu, telah lahir puteri yang pertama, menghadiahkan kami gelaran abah dan mama. pembuka kehidupan berkeluarga, lantas digelarkan fatihah humairaa bersama gelaran manja Saiyiditina Aisya...