Sayur Keladi

Percubaan pertama masak sayur keladi. Alang-alang master chef mama ada kat rumah. Mamma mia lazato... (harap- harapnya).

Sayur keladi sedap dimakan bersama ikan terubuk masin dan nasi putih. Ala- ala selera kampung gitu. Lagi satu, untuk mereka yang meminati linut (Makanan tradisi Kaum Melanau di Sarawak), sayur keladi yang terlebih pedas dan masam memang menyelerakan.

 Mari layan petua dari pakar untuk sayur keladi yang memenuhi citarasa mertua.. (yalah tu..)



Tips:

1.  Rebus dahulu batang keladi sehingga separuh layu. Buang airnya dan kemudian baru rebus semula bersama asam gelugur sehingga ia betul- betul layu.

2. Tumbuk cili mengikut kepedasan yang diinginkan bersama bawang (Putih dan merah), ikan bilis dan belacan. Sayur yang sedap rasanya adalah yang cukup rasa  pedas, masam dan belacan.

3. Masukkan bahan yang ditumbuk sekali bersama daun herba yang selalunya dijual bersama dengan sayur keladi; Hirisan daun kunyit dan daun tak tau nama (selalu dimasukkan dalam laksa penang). Boleh juga masukkan hirisan bunga kantan sekiranya ada untuk menambahkan rasa.

Selamat mencuba.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Dr Lim Swee Tin

Al- Wida