Posts

Showing posts from June, 2014

Putera menangis

Saat fajar menjengah Sekuntum mawar telah layu Seperti janji yang telah dipateri Sejak azali saat inai di jari Merahnya kian pudar Kau ucapkan selamat tinggal Dan mentari pagi menangis Di sisi putera yang sepi. 9 Jun 2014 - Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat datang adikku

Image
Adik Selamat datang Kami telah lama menanti Yang pasti Kasih sayang kerana Illahi Tidak bisa dijual beli Buat nur farah syakirah, 1 jun 2014. - Posted using BlogPress from my iPhone

Selari dan Berlari

Aku di sini Kau di sana Berbeza dimensi Masa yang sama Takkan bersua Kerana dua garis Selamanya selari Selamanya berlari 1317 pm 5 Jun 2014 Tabung Haji, Kuching. - Posted using BlogPress from my iPhone