Pesan Bonda Anak- anak Bonda, telah jauh perjalanan kalian, dari merangkak, kemudian bertatih, berdiri, berjalan dan berlari, menjengah usia remaja kini kalian bersama bonda. Anak- anak Bonda, ada ketika Bonda menegur, bukan kerana benci. Berdendam? Tidak sekali. Anak- anak Bonda, daerah ini tapak semaian tunas benih insani yang pasti akan ditinggal pergi saat dewasa menjenguk diri Lantas, anak- anak Bonda, Pesan Bonda sematkan erat di lubuk jiwa, siapkan minda kukuhkan iman tabahkan hati Di sini andai kalian rasa diuji hakikatnya kehidupan di luar sana bakal lebih menguji Ingatlah anak- anak Bonda, suatu hari nanti adalah pasti kaki kalian melangkah pergi untuk berjuang di belantara diri melayar bahtera di samudera realiti terbang bebas di langit tinggi Pergilah ke mana sahaja ceruk dunia Rekalah menara yang paling ternama Atau menyelidik perkara yang berm...