Ada hikmahnya
Assalamualaikum wb, Sekarang kami sekeluarga telah tiga hari berada di Betong, sebuah bandar yang terletak 280 km dari bandaraya Kuching. Kami sekeluarga berada di sini kerana nak tolong suami memulakan kehidupan barunya. Walaupun dengan hati yang amat berat,namun istilah hakikat kehidupan. Tidak pernah ada yang kekal abadi. Sampai masanya, kita perlu berpisah untuk meneruskan perjalanan. Tapi saya pasti, saya amat bernasib baik berbanding dengan sesetengah orang. Mereka berpisah dengan orang tersayang untuk selamanya, sama ada semasa masih hidup atau kerana dijemput Illahi. Saya bersyukur kerana masih berpeluang bersama sebagai satu keluarga walaupun mungkin tidak sekerap dulu. Insya'Allah,saya akan tetap memberi sokongan walaupun apa keputusan yang dipilih oleh suami. Setelah membuat pertimbangan dan perbincangan yang panjang, suami mengambil keputusan untuk menerima tawaran perpindahan tugas ke tempat baru tanpa membuat rayuan lanjut. Semoga Allah memberkati penghijrah...