Posts

Showing posts from May, 2011

Fasa Seterusnya...

Kalau nak berminat nak sambung belajar lagi, cuba- cuba le carik tempat..... Ehh... Betul ke yang saya dengar ni?.. Kang silap dengar lak.... Baik tanya balik.. "Betul ke yang abang cakap nih?..." Ye lah... Kalau tak nak, tak payah la... Eh,... Eh,.. Nak... Nak... Rezeki jangan ditolak, musuh pulak jangan dicari.... :) Jadi, minggu lepas saya mula buat siasatan... Tanya la mana2 yang berkenaan mengenai biasiswa dan tempat belajar. Hasilnya, Insya'Allah ada peluang nak dapat biasiswa sebab jarak saya belajar dulu dah melangkau dua tahun. Cuma pasal kursus dia lari sikit. Memang dari dulu lagi saya dah rancang, kalau nak belajar balik saya nak ambik yang berdasarkan kerja kursus. Konon2nya, kalau kena hadir kelas, tak le hanyut sangat. Almaklum, saya ni memang amat2 mengenali diri sendiri. Memang mudah "lupa daratan". Bila saya menghubungi pihak kampus, Koordinator kursus tu kata belum pasti bila nak buat yang ada kerja kursus sebab tak cukup pelajar. Tapi kalau s...

anak merdeka

Sesekali menjengah ke luar jendela terasa indahnya rumah kita di tamannya harum mewangi kelopak mawar mulus terpelihara redup cahaya di pohon senja mengajar erti rindu dan setia pada akar budaya yang menjalar di segenap degup dan nadi anak merdeka di hatimu ada setia di pundakmu ada janji yang harus dijunjung demi bunda tercinta.

Uban Nenek

Dia hanya seorang tua kedut di wajah adalah foto seribu cerita diusap secebis bangga anak- pinak yang telah dewasa cucu-cicit tumpang bermanja dia hanya seorang tua uban di kepala adalah cahaya kasih menggendong duka menganyam kenangan di hujung usia sesekali berziarah aku hanya mampu menyapa walau mungkin di matanya aku bukan siapa namun yang pasti di hatiku dia adalah masa depan yang pasti akan menjengah di suatu ketika. Nota: Menziarah nenek yang telah uzur. Sebentar tadi baru saya menyedari yang sehelai ubannya terlekat di lengan baju kurung saya.

Semangat anak bangsa

Telah bergema suara itu sayu dan syahdu menyapa jiwa saat hati mula berkata tiada lagi setia di tenangnya desa debu kota dan air mata adalah semangat anak bangsa yang kian mengabur ditelan silau suasa di puncak menara dan engkau di situ jiwa dan hati bersatu garis nadi merdeka kini tiada diragu. Latih tubi 18.05.2011 sekadar mengetuk jari tanpa memberi peluang untuk mind logik menunjuk taringnya....

Jualan Buku Popular Kuching

Salam semua. Sekadar untuk berkongsi maklumat "hangat" yang saya dapati dari "bunting" yang direntang di beberapa tempat di bandar Kuching: Jualan Buku Popular sehingga 70% Tarikh: 27 Mei - 5 Jun 2011 Tempat: Dewan Pameran Permata Food Center (Dekat BAngunan LHDN) Saya akan kemaskini sekiranya terdapat maklumat yang perlu dibetulkan. Maklumkan saya dengan segera sekiranya terdapat maklumat yang kurang tepat. Diclaimer: MAklumat ini tidak dijamin 100% tepat kerana saya menulis berdasarkan daya ingat semata-mata. Jom ramai2... Tak dapat pegi Pesta Buku Antarabangsa, dapat pegi Pesta Buku Popular pun kira bolehlah... :)

Indahnya

Indahnya senyum kalian adalah kelopak mawar di taman syurga tangis kalian adalah kicauan burung di laman bonda dan pastinya aku bukan yang terbaik namun terima kasih anak-anak kerana kehadiran kalian aku dimartabat gelaran seorang IBU. Selamat Hari Ibu untuk semua ibu.

Nikmat yang paling besar

Nikmat yang paling besar saat mengungkap Allahuakbar dengan jiwa yang sedar dan jasad yang segar usah digusar andai harta dunia menghindar rapuh tiang bersandar duga hidup yang sukar kerana, nikmat yang paling besar melafaz Allahuakbar dengan jiwa yang sedar dan jasad yang segar.