Posts

Showing posts from March, 2011

Nilai si kulit siput

Suatu petang di tepi pantai seorang gadis menghayun langkah menyapa cahaya jingga yang mengintai di kaki langit nun di sana kulit siput berserakan singgah bersama ombak buih putih memecah pantai hati si gadis berbisik indahnya si kulit siput pelbagai warna dan bentuk menggamit mata dan jiwa tapi amat kasihan tetap takkan bernilai kalau dibanding intan permata dan harta dunia tersentak si gadis terpana harta dunia juga serupa hanya sekadar kulit siput saat kita berada di dunia sana. Latih tubi 31.3.2011

Taburan kata

Pelbagai kata kunci dan konsep yang kerap menerawang di minda saya akhir- akhir ini.... Mungkin sekiranya ia direkodkan, akan menjelmakan mesej tertentu yang membawa sebarang makna... +++++++++++++++++++++ kulit kerang usia bonus minda positif seni lubuk emas saat di hujung nyawa hidup dengan cara yang terbaik Setiap aktiviti di dunia harus menjanjikan nilai output terbaik yang bakal dinikmati di akhirat. Jadi, lakukan hanya yang terbaik sahaja bersandarkan produktiviti akhirat. Terlalu banyak perkara yang perlu dilaksanakan padahal masa terlalu terhad. Betul ke? Orang yang beruntung adalah mereka yang melakukan hanya perkara di dunia yang menjamin produktiviti akhirat yang maksima menggunakan sumber dalam jumlah yang sama; masa (24 jam untuk semua manusia di dunia). Pilihan di tangan kita. Hidup hanya sekali... JAdi, jangan sia2kannya... Kalau hidup berkali2, tak apa kalau nak buat sesuka tanpa memperdulikan imbuhan/ imbalan yang bakal diterima di Akhirat, sebab mungkin ada peluang na...

Di ambang empat puluh

Di ambang empat puluh tiap detik dan saat yang menjenguk tiba adalah butiran permata yang amat berharga lantas hati berbicara betapa nafas yang dihela dan degup jantung yang berirama adalah tanda kasihNya kepada setiap hamba dan aku bertanya kepada jiwa yang leka, "Nikmat apakah lagi dari Tuhanku yang bisa aku dustakan"? Semoga mendapat RedhaNYA SELAMANYA. Latih tubi 30/3/2011

Demi RedhaMu

Kian jauh melangkah kian aku akur diri hanyalah fakir mengharap rahmat dan kasihNya Ya Allah jadikan aku hamba yang tabah menongkah arah menuju RedhaMu, Insya'Allah. Latih tubi 24/03/2011

Aceh Tersenyum

Salam 6 RabiulAkhir 1432 H... Di daerah itu tawa anak- anak adalah imejan semalam saat raungan dan tangisan kian hilang dan ngauman ombak memahat ingatan hari ini Aceh tersenyum bersama laungan azan yang berkumandang. Latih tubi 11.03.2011 (Hati saya tersentuh saat membaca mengenai Aceh di Ruangan Mega, Utusan Malaysia, 11 Mac 2011. )

Musim Bunga

Salam 4 RabiulAkhir 1432 H.... Musim Bunga Merah darah adalah duka jemari yang digenggam bukan lagi kilasan dendam parutnya kian hilang dan musim bunga telah menjelma. Latih tubi 0820 pm 9 Mac 2011 Nota: Lama sangat tak mengasah minda. Tiba2 teringin nak berkraf bahasa pulak... :)