Setiap kali anak- anak perlu menjalani rawatan doktor, saya dan suami lebih suka mendapatkan rawatan dari sebuah klinik ni. Pemilik klinik ni ialah seorang doktor wanita, Dr Saadiah. Tapi, satu yang tak seronok. Kalau waktu Dr Saadiah sendiri yang bertugas, memang klinik sesak tak cukup kerusi. Kalau klinik dia senyap sepi je, maknanya doktor pengganti lah yang merawat. Bagi saya, kalau setakat demam batuk biasa, saya redah je sapa - sapa doktor yang merawat. Tapi kalau perlukan maklat untuk masalah kesihatan yang belum jelas, saya tetap sanggup tunggu untukjumpa Dr Saadiah sendiri. Bukan nak kata doktor lain kurang bagus, tapi mungkin pengalaman yang membezakan cara mereka melayani pesakit. Wallahu a'lam. Klinik ni terletak di pasaraya berdekatan dengan kediaman saya. Jadi, kalau ramai peaakit, bolehlah pergi membeli- belah barangan dapur dulu. Atau kalau tak culup tunai, jenguk kat mesin tunai yang ada berderet kat situ. Pejabat pos dan Pizza Hut ada di kiri kanan klinik....
salam..kmk jadi i follower ktk m.yah..visit me at my new blog.
ReplyDelete