Semasa di lapangan antarabangsa Jeddah, dpt uzur syar'ie. Redha dengan ujian kesedihan seperti gembira menerima anugerah rahmatNya, in sya Allah. Pemandangan dari jendela pesawat semasa pendaratan. Pemandangan lapangan terbang semasa sedang menuju ke kawasan bas menunggu setelah beberapa jam menyelesaikan urusan kelewatan beg beberapa orang jemaah lain. Pemandangan dari jendela hotel. Juga pemandangan dari jendela hotel. Pagi ini jemaah- jemaah umrah mengikuti ziarah dalam melawat kawasan dalam masjid nabawi termasuk maqam nabi. Saya pulak merayau- rayau di sekitar luar hotel sambil menjenguk harga pasaran. Hasil tangkapan... Saya berbelanja dengan matawang malaysia sebab belum sempat membuat tukaran. Peniaga di sini tak keberatan sebab matawang kita lebih tinggi.