Posts

Marah dan mengalah.

"Marah adalah api yang membakar sabar adalah air yang dingin" Jangan kerana mereka di bawah jagaanmu, kau bebas melempiaskan kemarahan kepada mereka. Anak- anak, isteri, pekerja bawahan, atau mungkin rakan- rakan yang tiada banyak bicara mereka. Mengalah bukan bererti kalah.

Pistol Air

Image
Saya ke kedai dengan Asiah. Saya minta Asiah berjanji supaya tak mintak beli baran g. Sampai di kedai, Asiah merengek nak mintak belikan pistol air. Saya pujuk dan tuntut janji. Asiah tak peduli. Akhirnya saya mengalah. Saya bayar harga pistol air RM4 dengan geram. Marah saya sampai ke malam. Malas nak layan Asiah yang memujuk. Menggesel-geselkan badannya nak bermanja. Saya buat tak tau. Bila Asiah tidur, batuknya yang memang dari siang tadi dah ada, makin kuat. Saya rasa badannya, panas. Saya cari pistol air nya yang entah di mana tercampak lepas dia main tadi. Tak jumpa. Saya tanya Asiah. Dalam mengantuk dia tunjuk kat mana pistol tu. Di bawah lipatan sejadah. Saya ambil pistol air dan masukkan ke genggaman Asiah. Dia tersenyum. Katanya sebelum tidur semula, "Kan Adik dah cakap tadi. Ni pistol air". Sayu...  

Putera menangis

Saat fajar menjengah Sekuntum mawar telah layu Seperti janji yang telah dipateri Sejak azali saat inai di jari Merahnya kian pudar Kau ucapkan selamat tinggal Dan mentari pagi menangis Di sisi putera yang sepi. 9 Jun 2014 - Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat datang adikku

Image
Adik Selamat datang Kami telah lama menanti Yang pasti Kasih sayang kerana Illahi Tidak bisa dijual beli Buat nur farah syakirah, 1 jun 2014. - Posted using BlogPress from my iPhone

Selari dan Berlari

Aku di sini Kau di sana Berbeza dimensi Masa yang sama Takkan bersua Kerana dua garis Selamanya selari Selamanya berlari 1317 pm 5 Jun 2014 Tabung Haji, Kuching. - Posted using BlogPress from my iPhone

Testing

Image
Testing... I was purchasing an apps from Apple Store. This is how the editor look like... - Posted using BlogPress from my iPhone It can upload maximum 5 photos.. And this is how the editor look like... You can edit the font... Now i am using "marker felt" Let us see how my entry would be once published...

Usah dinilai

Usah dinilai buku itu Pada corak kulitnya Kerana butir permata Tidak pernah memilih Untuk bersembunyi Di ceruk mana.