Tetamu Senja
S etiap pagi saya pasang radio IKIM, sebab itu merupakan salah satu cara nak tambah ilmu semasa memandu dan buat kerja kat pejabat. Selalu la saya dengar puisi2 yang dimainkan.. Saya pun minat jugak dengan benda2 macam ni dan sekali-sekala cuba nak asah bakat. Salah satu dari sajak yang selalu dipasang yang saya rasakan sedap dan best ialah sajak Tetamu Senja nukilan A Samad Said. Jadi cuba google untuk bubuh kat blog ni. Banyak rupa yang dah bubuh sajak ni kat blog diorang Salah satu dari blog tersebut ialah Blog Cahaya Hidupku . Saya mintak izin copykan dari tuan punya blog untuk rujukan saya. Tetamu Senja ~ A. Samad Said -------------------------------- Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja Bila cukup detik kembalilah Kita kepadanya Kita datang ini kosong tangan dada Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala Pada tetamu yang datang dan Kenal jalan pulang Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan Pada tetamu yang datang Dan lupa jalan pulang Usahlah derhaka pula Pada Tu...