Again?...
Assalamualaikum wb... Pembantu saya akan berhenti pada pertengahan bulan Julai ni.... Lagi sekali?... Bukan ke hari tu dah tulis pasal pembantu berhenti sebab kawin? Takkan baru setahun, pembantu baru nak berhenti pulak?. Tak patut.... Sebenarnya, yang ni bukan pembantu baru. Masih tetap pembantu yang dulu jugak... Ehhh.. Hari tu tak jadi balik ke?.. Beria aje buat entri sedih hari tu.... Bukan juga tak jadi balik. Memang balik pun hari tu... Dan saya pun memang dah carik pembantu baru. Tapi, dipendekkan cerita yang panjang, pembantu saya masuk semula bekerja untuk tempoh setahun lagi alang- alang nak tamatkan paspot pada 2012 ni. Jadi, sekali lagi saya ulang tayang entri ni , tak payah saya taip semula. :) Kali ni, saya bukannya nak cerita pasal pembantu nak balik sebab ia dah dijangka awal- awal dah. Cuma, sekarang kena buat perancangan dan strategi untuk meneruskan kehidupan harian tanpa pembantu sebab saya seboleh- bolehnya tak nak dah ambil pembantu ...