Abang cintakan...
Assalamualaikum wb... Saya bukanlah jenis yang kaki tengok drama sangat. Terutama drama yang bersiri. Memang tak terkejar. Tapi setakat ni, saya "ter"ikut juga Sinetron Nikita yang disiarkan di TV9 dari pukul 5.30 ke 6.30 ptg setiap hari bekerja. Kenapa saya kata "ter" tu? Sebabnya mula2 tengok cerita ni waktu pembantu saya masih lagi bekerja. Setiap petang balik dari pejabat, memang sedang baik je cerita tu sedang ditayangkan. Waktu tu saya intai2 manja jer, kalau nak tahu lebih, saya tanya je kat pembantu saya. Jimat masa. Tak payah tercongok sejam kat depan TV. Tapi sekarang pembantu saya dah berhenti, dah takde lah orang nak update status terkini cerita ni untuk saya. Jadi, kalau tak ada hal lain atau kalau saya tak lupa, memang saya "tune in" TV9. Lagi2 sekarang ni kira tengah klimaks kerana Nikita sedang berada dalam dilemma untuk memilih di antara pemuda pilihan hati yang cinta terhalang atau pemuda baik yang menyintainya tapi cuma dianggap...