Gigih Suami, Kasih Isteri
Huzairie dianugerah Guru Cemerlang OKU Kebangsaan Berita Harian, Isnin 17 Mei 2010 Muka 6 Hati saya tersentuh dengan kegigihan si suami dan kasih si isteri yang dipaparkan oleh berita ini. Sang suami seorang guru OKU yang lumpuh akan datang awal ke sekolah seawal 7 pagi dan akan mengengsot naik tangga bersendirian kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk isterinya sendiri. Kelas beliau terletak di tingkat 2. Si isteri pula setiap hari membantu suami dengan mengangkat kerusi roda suami ke kelas di tingkat 2. Si isteri juga akan menemani suami sehingga pukul 7 malam bagi menyelesaikan segala aktiviti sekolah bersama murid-murid. Daripada sketsa kehidupan yang ringkas ini sebenarnya terlalu banyak pengajaran yang boleh kita cedok darinya. 1. Kita mampu untuk mencapai cita-cita berbekalkan usaha dan kegigihan. Tiada alasan untuk tidak berjaya dalam hidup. 2. Keikhlasan merupakan perencah utama dalam rumahtangga. Walau dalam kesukaran apa sekalipun, keikhlasan dalam perhubungan ma...