Posts

Showing posts with the label Kasihku

Sahibba

Baru saja selesai 'bertarung" dengan Fatihah dalam permainan Sahibba. Fatihah baru sahaja belajar bermain Sahibba dua tiga hari yang lepas selepas abahnya belikan set Scrabble untuk kanak2. Dari hari tu lagi dah cabar saya untuk bertarung tapi saya malas nak layan. Hari ni balik dari pejabat selepas solat Maghrib saya suruh dia sediakan Sahibba. Baru jer siap dan keputusannya...... Jeng... jeng... jeng... Dimenangi oleh Mama.. Hehehe... Tu yang mama malas nak main... Tak pa.. Fatihah baca banyak2 .. lain kali kita main lagi, kay...

Cermin Diri

Image
"OOO Balik kampung", Maryam menyanyi berulang kali. Seronok benar hati Maryam. Sekali-sekala dia menyanyi kecil tanpa jelas buah butir senikatanya. Tapi yang pasti iramanya ialah irama lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Begitulah anak-anak. Begitu murni dan polos. Sedih hatinya, dia menangis. Ceria jiwanya, berirama lah pulak suaranya menyanyi. Yang pasti, ceria dan duka, pasti berkaitan dengan diri kita. Kenapa ya berkaitan dengan kita? Saya membuat kenyataan begitu kerana kitalah insan yang paling rapat dengan mereka. Ternyata tingkah laku anak-anak, ceria duka, tangis ketawa jelas merupakan cermin kepada diri sikap kita. Layanan mesra dan perhatian kita curahkan, sinar mentari akan memancar di mata mereka. Namun, sebaliknya pasti akan menyebabkan awan mendung berarak di wajah comel. Hakikatnya, jangan salahkan anak-anak seandainya mereka menunjukkan sikap negatif terhadap sesuatu perkara. Sebaliknya, kembalilah kepada diri sendiri dan selidik...

Tahniah Ibu

Image
Baru sebentar saya menerima sms dari seseorang. "Dah give birth 2 baby girl last nite.". Malangnya ia tidak memaparkan nama pengirimnya. Saya memang berniat untuk membalas dengan ucapan tahniah tapi kebetulan kredit telefon saya baru sahaja luput. Semenjak suami telah berpindah bertugas di kawasan yang sama, memang saya lambat untuk memperbaharui kredit telefon. Jadi, saya terpaksa tangguhkan dulu niat saya. Walaupun tidak tahu pengirimnya tapi saya boleh meneka kerana du a orang rakan pejabat saya memang sedang menunggu saat kelahiran. Yang pertama ialah pegawai tadbir yang menunggu kelahiran anak ketiga manakala seorang lagi ialah Juruukur Bahan yang sedang menunggu kelahiran anak keempat. Sebenarnya apabila menerima berita gembira begini, saya pasti turut merasai kegembiraan dan keharuan sebagai seorang ibu. Saya sendiri bertuah kerana diberi Allah peluang untuk mengalami sendiri perasaan itu tiga kali. Masya'Allah. Maha Suci Allah. Rasanya tiada kegembiraan yang lebi...

Syurga Bonda (Selamat Hari Ibu)

Senyummu adalah syurga di hati bonda kolam yang tenang di kaki senja anugerah Yang Maha Esa