Koleksi Novel Kanak- Kanak Terpakai
Semalam saya janji nak buat review buku terbaru di pasaran. Tapi nampak gayanya buat kedai online pun macam buat kedai betul2 jugak.. Mesti ada cabaran... Sekarang Asiah asyik nak berkepit jer.. jadi saya tangguh kan dulu ya... Hari ni saya bukak citer lain dulu... Nampaknya Fatihah pun berminat nak menyumbang untuk kedai ni.. Jadi malam tadi dia selongkar koleksi novel kanak- kanak yang dia dah habis baca untuk dipamerkan untuk jualan. Buku- buku ni dianggap jualan clearing stock sebab suami nak cari ruang untuk buku2 baru yang belum dimasuk ke rak di rumah kami. Setiap buku berharga RM5.oo dan kos penghantaranRM5.00 sahaja untuk setiap buku. Tiga buah buku pula kos penghantarannya RM10.00 sahaja. Sila cuci mata ya.. Siapa cepat dia dapat ya... Setiap tajuk ada satu jer salinan... :).. Malam nanti saya upload lagi... Ni kita jamuan pembuka selera dulu... Salam.....