Posts

Showing posts with the label karya rujukan

Saya suka cerpen nih.. Tulisan Samsiah Mohd Nor- Mingguan Malaysia 9 Mei 2010

Image
Nota: Puan Samsiah (http://samsiahmohdnor.blogspot.com/) , izinkan saya berkongsi cerpen puan di sini. Saya suka sangat cerpen nih. Ia berjaya mencuri perhatian saya untuk membacanya perkataan demi perkataan dari patah yang pertama sehingga ke penamat. ARKIB : 09/05/2010 -mula- Ombak di Kamar Sukma Di mana ada ombak, di situlah tempatnya pantai. "Ada ombak yang tak perlukan pantai," ujar Suri Abadi. "Adakah pantai yang tak perlukan ombak? tanya pula Fard Fahim. 1 Seperti seekor rama-rama yang berkepak-kepak, mencari kelopak madu, begitulah aku, mengintai taman-taman inderaloka dan akhirnya kutemukan sebuah taman - taman gharib. Usai pencarianku. Di kelopak sekuntum bunga derdap - kelopak yang tidak bermadu, kelopak yang tidak berbau, kupilih untuk kubina sebuah kamar. Dan aku bermukim di situ. Di taman gharib yang bunga-bunganya tidak bermadu dan tidak berbau. Hanya putih memutih tanpa warna-warni. Menghuni bersama mereka yang tidak mengerti. Ta...

Cerpen Rujukan: Petikan Utusan Malaysia

Utusan Malaysia : 08/06/2008 Maklumat penulis tiada dinyatakan. Prelude Ada hari dia berasa seperti berada di salah sebuah kepulauan di Caribbean. Hari ini dia berasa seperti berada di Jerlun. Terutama di saat-saat mendengar gesekan biola Dennis Lau dengan lagu 'Prelude'nya. Kereta yang sudah berusia sepuluh tahun itu terus melunjur ke alam nyata, menuju arah gunung ganang yang berlapik-lapik seperti sebuah lukisan. Memang pemandangan menuju ke Gunung Senggol dari Kuala Sewang itu sebuah percutian mahal baginya. Setiap hari dia memandu ke tempat kerja adalah satu percutian yang indah baginya. Dia bersyukur. Benar-benar bersyukur kerana mempunyai ruang dan waktu berhenti sebentar untuk menghidu wangi mawar di jalanan. Arwah Samad meninggal begitu sahaja. Di atas timbunan kertas kerja projek-projek besar, mengejar masa. Pada usia 38 dia tidak ada masa untuk bersosial dan pada hari kematiannya, dia masih teruna. Tanpa baka untuk meneruskan perniagaannya yang kian meningkat. Hani m...