Posts

Showing posts with the label Kehidupan Penjaja Kecil
Hari ini saya berniaga goreng pisang pulak... Ni niaga petang.. Dah tak niaga sebelah pagi dah... Bukan tak larat nak bangun pagi, rasanya setelah beberapa hari berniaga, tak ada seorang pun pelanggan. Masing-masing pelajar mahupun yang bekerja bergegas ke destinasi masing-masing. Mungkin mereka semua telah siap sarapan di rumah. Saya dan suami berbincang dan bersetuju untuk menghentikan niaga sebelah pagi. Bukan mengalah tetapi menukar strategi. Bak kata pepatah, "beralah bukan bererti kalah" Jadi, kebetulan mak mertua ada hantar setandan pisang dari kebun, saya buat perancangan jual goreng pisang pulak. Malam tadi singgah kat pasaraya sebab nak beli bahan-bahan buat kuih (nanti cerita lebih lanju bab ni) dan barang dapur, sempat lah tangkap sebungkus tepung pisang goreng. Siang tadi awal cakap kat pembantu untuk gorang pasang dalam pukul 4.30. Pukul 5 terus pergi rumah mak (tapak gerai). Kebetulan waktu sampai ada sorang kakak sedang jenguk-jenguk jualan. Dia tengok pisa...

Penjaja Kecil : Hari Ke2

Hari Kedua: Pagi nih lewat sikit bangun sebab Asiah kurang sihat dan merengek sepanjang malam. Tak dapat tido.. setiap kali nak tido Asiah tarik rambut. Kalau kita bangun temankan dia, tak pulak dia merengek... Lepas sapu vicks kat kaki, dada dan baju depan barulah Asiah nyenyak. Waktu nak bangun, rasa tak berbaloi nak pergi berniaga sebab belum ada pelanggan. Tapi saya kuatkan hati. Sekali melakukan sesuatu, kita perlu teruskan.. Itu memamg telah menjadi prinsip setiap perancangan kami suami isteri... Sebab tu lah kalau nak mulakan sesuatu kami memang fikir panjaaaaaang sangat. Sebab kalau dah mula kena teruskan walau apa yang dihadapi. Jadi hari ni terus jugak berniaga dan dari sudut positif ada peningkatan kerana kami dah ada dua produk. Satu mihun saya dan satu lagi burger sosej adik saya. And here is the good news... Saya ada pelanggan hari nih.. Burger sosej laku sebungkus dan saya dapat la komisyen... Betapa berharganya setiap produk yang berjaya dijual oleh seorang penjaja wa...

Hari Pertama Penjaja Kecil

Ngantuknya.... Pagi ni saya memulakan hari pertama sebagai peniaga kecil... Bangun seawal pukul 5 pagi saya dan suami memulakan hari dengan membungkus mihun untuk jualan. Pukul 6 pagi kami bertolak ke tapak jualan (di depan rumah emak saya) yang menjadi laluan pelajar sekolah berhampiran. Yang kelakarnya, sementara menunggu jualan, suami saya sempat menghabiskan dua bungkus mihun. laku le 2 bungkus mihun saya. Termasuk mihun yang emak saya beli, untuk hari pertama (saya tutup gerai pukul 7.15 pagi sebab perlu bertolak ke pejabat) mihun saya laku tiga bungkus. Tiga bungkus lagi saya hantar balik ke rumah untuk sarapan anak2 dan selebihnya (4 bungkus) saya bagi kat emak. Duduk terpacak di tepi jalan bersama suami, saya belajar memahami kehidupan penjaja kecil. Mengharapkan pelanggan untuk menyara kehidupan. Emak saya tergelak dengan apa yang kami berdua lakukan tetapi bagi saya, walaupun belum berjaya menjual apa2 pada hari ini, saya belajar banyak perkara yang tidak boleh didapati dari...