Posts

Showing posts with the label 1432H

Sollatullah Salamullah

Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H. Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya. Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni: 1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya. 2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri. 2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya ya...

Perjalanan Ramadhan seorang Maryam

Assalamualaikum wb... Salam 5 Ramadhan 1432 H. Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya. Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka. Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti. Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah sema...

Maryam Berpuasa

Salam 1 Ramadhan 1432 H. Hari pertama untuk umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Hari ni Maryam berniat untuk puasa penuh. Pagi tadi sungguh- sungguh dia makan sahur. Malam tadi kami sekeluarga membeli- belah sedikit untuk persediaan berbuka dan bersahur. Saya sengaja minta suami belikan sirap ros dan susu untuk buat air bandung. Saya tahu Maryam suka minum air bandung. Jadi, bila Maryam tengok macam istimewa jer hidangan untuk orang- orang yang berpuasa ni, biar dia berusaha untuk berpuasa penuh. Alhamdulillah Fatihah dah tak payah lagi nak dipujuk untuk berpuasa kerana memang dia dah mampu berpuasa penuh dari Tahun 1 lagi. Sekarang saya sedang memberi semangat untuk Fatihah menunaikan Solat Terawikh walaupun tidak berjemaah di masjid. Alhamdulillah semalam dia buat terawih sendiri. Saya?.. :)... Semoga Ramadhan tahun ini akan sama2 kita jalani dengan penuh keberkatan dan keinsafan.... Ramadhan Kareem..