Posts

Showing posts with the label Crochet

Harta karun

Image
Cerita semalam yang lalu. Anak saudara sepupu bertunang dan saya diamanahkan untuk menyediakan isi dulang hantaran. Selepas memerah idea, akhirnya saya ambil tema ringkas, harta karun yang melimpah. Asasnya crochet, cinta hati saya. Coklat berbentuk hati ditangkup dua menjadikan ia lebih bertekstur.   Dekorasi asal hati yang tak ditangkup. Hasilnya, tadaa... Tidak kurang menyerlah berbanding dulang lain (kes perasan).  Jumpa lagi..

Pilihan

Image
Pilihan yang diambil walaupun bertentangan dengan kemahuan diri pastinya menuntut komitmen yang tinggi. Hari ini saya memilih untuk menyahaktifkan akaun Facebook saya. Buat sementara waktu atau untuk selamanya? Biar masa menentukan. Ini merupakan projek saya sempena harijadi Asiah pada 27 Mac ni. Andai menjadi realiti saya nak siapkan kantung kecil berisi coklat untuk rakan sekelas Asiah.  Setakat ini saya dah buat beberapa kantung pelbagai warna.  Catatan perjalanan saya menghasilkan kantung kecil ada di sini . Jumpa lagi di entri seterusnya in sya Allah.