Posts

Showing posts with the label Ramadhan Mubarak

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wb... Hari ini 4 Ramadhan 1433 Hijriyyah. Secara umumnya saya amat teruja untuk menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan kali ini. Terutama bila mendengar dan membaca pelbagai kelebihan puasa pada status2 FB rakan. Saya dan suami juga berazam nak buat solat terawih penuh sepanjang Ramadhan. Kalau tak larat, sekurang2nya nak buat 8 rakaat dan witir. Namun hakikatnya, perlaksanaan tak semudah yang dirancangkan. Hari pertama dan kedua Ramadhan adalah hari cuti hujung minggu. Fatihah dan Maryam nampak terganggu walaupun ini bukan kali pertama mereka berpuasa. Tahun lepas tahun pertama Maryam menamatkan puasa penuh sebulan dan Fatihah dah mula puasa penuh sebulan sejak Tahun 1. Hujung minggu, tidak bersekolah dan sepanjang dua hari tak ada aktiviti sebab suami ada kelas. Maryam dan Fatihah merungut lapar. Saya pujuk Maryam untuk tidur bila dia mula rasa lapar. Fatihah pula cari alasan nak ke rumah sepupunya. Bila dilarang, dia boleh menangis pula macam b...

Perjalanan Ramadhan seorang Maryam

Assalamualaikum wb... Salam 5 Ramadhan 1432 H. Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya. Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka. Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti. Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah sema...

Maryam Berpuasa

Salam 1 Ramadhan 1432 H. Hari pertama untuk umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Hari ni Maryam berniat untuk puasa penuh. Pagi tadi sungguh- sungguh dia makan sahur. Malam tadi kami sekeluarga membeli- belah sedikit untuk persediaan berbuka dan bersahur. Saya sengaja minta suami belikan sirap ros dan susu untuk buat air bandung. Saya tahu Maryam suka minum air bandung. Jadi, bila Maryam tengok macam istimewa jer hidangan untuk orang- orang yang berpuasa ni, biar dia berusaha untuk berpuasa penuh. Alhamdulillah Fatihah dah tak payah lagi nak dipujuk untuk berpuasa kerana memang dia dah mampu berpuasa penuh dari Tahun 1 lagi. Sekarang saya sedang memberi semangat untuk Fatihah menunaikan Solat Terawikh walaupun tidak berjemaah di masjid. Alhamdulillah semalam dia buat terawih sendiri. Saya?.. :)... Semoga Ramadhan tahun ini akan sama2 kita jalani dengan penuh keberkatan dan keinsafan.... Ramadhan Kareem..

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga... Semoga Ramadhan yang kian berlalu telah berjaya mendidik kita menjadi hamba Allah yang lebih baik dari sebelum ini, Insya'Allah.

28 Ramadhan

Salam Ramadhan. Banyaknya nikmat Allah di bulan Ramadhan ni. Saya bagai baru menemui kembali sesuatu yang telah lama pergi. Semoga kepulangannya adalah untuk selamanya. Ramadhan, Walau tibamu hanya seketika namun barakah yang kau tinggalkan tetap akan bersama kami sehingga kau kembali menjenguk sekiranya kami diberi rezeki...

Cinta Ramadhan (23 Ramadhan)

Di perjalanan ini kuhirup segarnya iman kuntumnya mekar menghias taman jiwa Cinta Ramadhan andai kau pergi titipkan rinduku di angin lalu dan detik berlalu kian menjengah penghujung aku akan tetap di sini menanti saat kau kembali. 23 Ramadhan 1431H

22 Ramadhan dan persiapan raya

Cerita satu Suatu hari: Fatihah: Malam ni kita pergi masjid boleh tak? Kenapa? Fatihah: Ustaz kata malam ni malam lailatulQadar Oooo.. Fatihah: Kena pegi pukul 3 pagi. Hmm. Kalau buat kat rumah tak boleh ke? Fatihah: Tak boleh. Sapa cakap? Fatihah: Ustaz cakap. (betul ke Ustaz cakap? Dia yang tak faham kot..) ****** So, malam tu saya dan suami ajak Fatihah buat qiamullail kat rumah jer. Mana larat nak pegi masjid pukul 3 pagi. Tapi buat pukul 4 pagi. Selalunya Fatihah memang bangun sahur pukul 4 sebab dia makan lambat, kami join turun pukul 4.30 pagi pun nanti akan siap makan lebih awal dari anak dara saya sorang nih. Kira ni pengalaman pertama (the other FIRST) Fatihah menunaikan solat sunat malam (qiamullail). ++++++++++ Cerita Dua Panik tahap naga. Kenapa? Sebab baju raya saya, anak2, adik saya semua baru siap baju jer, ada 6 pasang. Semua kain masih KIV. kira 60% siap. Baju Melayu suami saya masih peringkat awal. kira 30% siap. Baju mengandung adik saya, huuaaa... 30% siap jugak....

20 Ramadhan

Salam Ramadhan "Kesejahteraan di akhirat bukanlah kerana banyaknya ibadat kita tetapi kerana kasih sayang Allah. Namun kasih sayang Allah bukanlah boleh diperolehi dengan hanya bersenang- lenang tanpa sebarang usaha." Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda menyimpan perasaan terhadap seseorang dan ingin orang itu perasan kewujudan anda dan membalas perasan anda? Adakah anda akan duduk sahaja tanpa melakukan apa? Atau adakah anda akan menyiasat apakah kegemaran orang tersebut? Lantas cuba sedaya- upaya untuk menyediakan apa yang orang itu sukai supaya dia mengetahui perasaan anda. Dan memastikan anda berada di lokasi yang kerap dihadirinya supaya dia perasan dan menyedari kehadiran anda. Dengan harapan orang tersebut akan jatuh hati dan membalas perasaan anda. Jadi, walaupun ibadah kita tidak menjamin kesejahteraan di akhirat, sentiasalah kita berusaha untuk memenangi perhatian dan kasih sayang Allah SWT. WallahuA'lam.

14 Ramadhan

Salam 14 Ramadhan. Macamana agaknya puasa saya selama 14 hari ni yek? Mampu tak menganjak peribadi saya lebih tinggi dari sebelum Ramadhan dulu? Sepatutnya Ramadhan ini berupaya mengubah diri kita ke arah yang lebih baik kerana ia merupakan kem latihan kepada seorang Muslim. Adakah semangat berkobar- kobar untuk menghidupkan Ramadhan yang telah dipahat di hati semasa 1 Ramadhan masih lagi menyala dengan terang? Secara peribadi memang saya telah mula berasa kurang semangat. Telah beberapa malam ni teraweh saya tidak berwitir. Baca Al-Qur'an juga tidak kerap. Tetapi kalau dibanding dengan Ramadhan lepas, saya rasa sangat jauh bezanya. Tahun ini saya lebih jauh bersemangat untuk meraikan Ramadhan. Mungkin kerana tahun ni kami sekeluarga berpeluang merai Ramadhan bersama2 kerana suami telah berjaya dalam permohonannya untuk bertugas di bandar yang sama dengan saya dan anak- anak. Bukan apa, tinggal berasingan memang cabarannya lebih semasa Ramadhan kerana suami tinggal berseorangan. Ma...

Maryam Berpuasa

Ramadhan tahun ni Maryam mula belajar menunaikan ibadah puasa. Ini kali pertama Maryam menyertai kami sekeluarga meraikan Ramadhan. Sudah pasti sukar untuknya terus berpuasa penuh. Jadi pada hari pertama Ramadhan Maryam hanya diperkenalkan kemeriahan bersahur. Pada siangnya, pukul 9 pagi Maryam dah bising2 nak makan. Hari kedua dan ketiga, Khamis dan Jumaat pukul 12 tengahari Maryam terpaksa "berbuka" kerana dia perlu bersiap2 untk ke sekolah. Kami tak bagi dia berpuasa di sekolah sebab takut cikgu tak boleh layan kalau dia tiba2 tak larat nak meneruskan puasanya. Hari keempat, Sabtu tak sekolah. Jadi kami cuba ajak Maryam puasa penuh. Nampaknya okay untuk Maryam yang dikenali sebagai seorang yang banyak makan dan manja. Sehingga petang Maryam melalui pengalaman puasa penuhnya yang pertama tanpa sebarang masalah. Dan semasa berbuka, Maryam ambik peluang minum minuman sejuk yang biasanya kami tegah. Hari kelima, Ahad. Seperti hari keempat, puasa Maryam bermula dengan lancar. K...

Tawaran Harga Runtuh

Salam Ramadhan. Hari ini merupakan 6 Ramadhan. Jadi, macamana agak kesan Ramadhan setakat ni ke atas diri kita? Semoga peluang membaiki diri semasa Ramadhan tidak disia2kan. Seperti yang kita maklum, tempoh kedatangan Ramadhan adalah dikira detik demi detik. Hanya akan bersama kita selama 30 atau 29 hari dan tibanya pula hanya selepas kita melalui 11 bulan yang lain. Dan belum pasti kita akan diberi peluang untuk menikmati kemanisan Ramadhan yang akan datang. Ya... Biarpun pahit, itulah hakikatnya. Kita tidak pasti bilakah ajal akan tiba. Bila- bila masa Malaikat Izrail akan menjenguk dan menyampaikan berita bahawa masa kita telah sampai. Tidak akan dipercepatkan sesaat atau ditangguhkan sesaat. Jadi, dengan peluang yang masih ada ini, sama- samalah kita memanfaatkan keberkatan Ramadhan ini untuk melengkap diri sebanyak2nya dengan bekalan menuju akhirat. Kenapa mesti Ramadhan?.. Bulan2 lain tak boleh ke?. Kenapa agaknya ye? Sekiranya sebuah pasaraya menawarkan harga rendah untuk setiap...

Fatihah diuji

Semalam semasa balik kerja saya terperanjat tengok Fatihah menangis... Kira tahap serius pulak menangisnya. Bila tanya kat suami, rupa2nya Fatihah dah tak larat nak tahan dahaga. Dia bukan nak bukak puasa tapi nak minum sikit je. La.. Anakku... Mana boleh macam tu.. Kalau dah minum tu, kira dah batallah puasanya. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Fatihah menjalani ibadat puasa. Tahun lepas dia puasa penuh. Mungkin sebab cuaca dua tiga hari ni memang luar biasa sikit panasnya. Bukan tak kasihan, tapi dah pukul lima setengah pun waktu tu. Sayang pulak nak suruh dia berbuka. Lagipun, kalau dibiarkan, saya dan suami tak nak sikap mudah mengalah akan menjadi kebiasaannya pulak. Suami saya pun pujuklah dia beli minuman yang dia nak untuk buka puasa. Lepas tu dia bawak Fatihah jalan2 supaya leka dan tak ingat dengan dahaga. Tapi kalau dah anak2 memanglah anak2. Tak lama lepas tu saya dah tergelak suara ceria Fatihah dan Maryam sedang mandi petang. Tak de pulak nampak letih. Waktu Iftar lep...