Islam Itu Indah- Belas Kasihan
Ringkasan Program "Islam itu Indah" Siri Celik Mata Reset Minda- Belas Kasihan Oleh Pr Dr Muhaya Muhamad Saluran Ikim.Fm 3 Oktober 2012 pukul 10 pagi - Undang- Undang Kompensasi (Law of Compensation) - Berkaitan dengan keberkatan hidup - Tanya diri sendiri, berbaloi tak apa yang terima berbanding dengan apa yang kita sumbang? Kalau apa yang kita terima dirasa lebih besar nilai dari apa yang kita sumbang, kita harus manfaatkan kepada orang lain. Kalau tak, Allah akan ambil semula perbezaan nilai tu dalam pelbagai bentuk; kos perubatan, pembantu lari. - Semua orang yang mati akan menggunakan kain kapan kualiti yang sama. Jadi, jangan cuba nak menunjuk- nunjuk di dunia. Ingat dengan apa yang kita hadapi semasa di Padang Mahsyar. - Hantar emak dan ayah dulu menunaikan Ibadah haji, Insya Allah kita akan lebih mudah menunaikan ibadah haji selepas itu. - Sebelum menjadi tetamu yang...