Posts

Showing posts with the label Krosye

Di mana ada kemahuan...

Salam 18 RabiulAwwal 1432 H... Petang semalam, lepas balik kerja, telah berlangsung upacara penyerahan kopiah Syazwan yang telah siap... Alhamdulillah, seperti kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Sejarahnya, memang saya tak pernah kaitkan kopiah. Benda ni buat saya teringat cerita dolu2. Waktu kecik2 dulu, mak saya pernah belikan saya dua gulung (skein) benang kait berwarna hitam untuk buatkan dia serkup. Dan seperti biasa, saya takkan cakap saya tak pandai buat... :).. Tapi, memang saya tak reti buat pun. Waktu tu (awal 80an) dalam mimpi pun tak pernah terfikir pasal internet. Jadi, sampai la ni la mak saya tak pernah pun merasa pakai serkup yang saya buat, dan saya tak ingat apakah nasib benang hitam dua tongkol tu. Tapi seingat saya mak saya tak pernah tanya pun. Sah dia tahu yang saya tak reti buat...Saja kot bagi saya semangat untuk menyokong minat saya waktu tu. Kembali kepada cerita mengait kopiah Syazwan nih. Macamana saya nak mula buat kopiah ni...

Kopiah Syazwan

Salam18 RabiulAwwal 1432 H.. Kemaskini seminggu.. Setakat ini saya masih lagi "angau" dengan minat terbaru, krosye (crochet). Semua benda saya nak cuba buat. Banyak juga benda baru mengenai kraf ni yang saya baru kenali. Kalau dulu saya cuma pernah tengok pelbagai alas dan topi yang dikait (krosye), sekarang saya baru tahu yang plush toy pun boleh dihasilkan dari kait jarum satu ni. Saya ingatkan hanya kait jarum dua (knitting) jer yang boleh buat plush toy. Plush toy dari krosye ni lebih dikenali dengan amigurumi. Tapi yang lecehnya, comel memang lah comel, tapi bila cuba buat, boleh tahan jugaklah seksanya. Saya tak berani nak cuba buat yang besar2, takut tak jadi, rugi jer. Jadi saya cuba la buat teddy bear mini (amat mini), tapi yang mini ni pun mencabar jugak tahap kesabaran saya. Kesimpulannya, takde benda yang mudah di dunia ni. Yang penting ialah kesabaran dan yakin boleh. hehe.. Seperti yang saya nyatakan pada entri terdahulu, sebarang hasil kraf saya, saya akan masu...