Posts

Showing posts with the label latih tubi

Sajak Buat Seorang Kawan

  Pada setiap patah bicara   ada pesan dan teladan   pada setiap gelak mesra   ada garis pelangi yang berseri walau seribu liku ditempuh   setiap langkah tak pernah goyah   setiap payah tak pernah mengalah   andai jatuh ke laut menjadi pulau yang indah   andai singgah di pantai menjadi pohon yang hijau   andai menjengah gurun yang luas lantas menjadi lembah yang subur . Pada kesempatan ini   sejambak kasih kami gubahkan   biar zaman bertukar   kelopaknya kan sentiasa mekar   lambang persahabatan   yang selamanya   tak akan pudar. 1230 pagi 9 Oktober 2014 (Gerhana bulan) Nota: Seorang rakan pejabat yang juga pernah sekumpulan untuk mewakili jabatan di Pertandingan DEKON akan berpindah kerja. Kami merancang untuk membuat jamuan ringkas dan sajak ini adalah satu kejutan untuknya.

Bersetuju untuk untuk tidak bersetuju

Bukan  saya tak sayang tanpanya siapalah saya berdiri tanpa jati diri tanpa wajah  tanpa rupa Namun siapapun kita masing- masing punya rasa punya hati punya jiwa " berbeza  tak semesti membenci berbeza bukan bermakna tidak sama, bersetuju untuk tidak bersetuju" indahnya pelangi kerana pelbagai warna indahnya cinta kerana pelbagai rasa indahnya dunia kerana pelbagai bangsa semoga kita memahami hanya Allah Pemilik segalanya.

Sebening senja

Image
Sebening senja Aku akan ke sana Memenuhi janji Telah lama dipateri Biar saat itu Telah redha Tuhanku Aku sebagai hambaNya Untuk kembali ke pangkuanNya.

Allahu Akbar

Image
Allah, Maha Besar kasihMu Aku rebah tersungkur Dalam keliru Mencari cahaya Betapa ranting imanku Amat rapuh Hanya kerana hembusan Angin nafsu yang menerpa Dari ruang jendela akal yang kelabu, Tuhanku, Di genggamanMu Aku pasrah Semoga akhiranku Bersama cahaya KasihMu Abadi selamanya.

Astaghfirullah...

Image
Ada kalanya hati dihambat resah mungkin dicengkam rasa bersalah Beristighfarlah...

Sejalur mimpi

Kau bisa cipta bahagia dari sejalur mimpi dianyam menjadi pelangi....

Mungkin...

Mungkin kita perlu lebih kaya  supaya lebih merdeka dalam memilih masa depan kita...     8 Jamadil Akhir 1434H 19 April 2013

Daerah ini

Sekali sekala mengintai daerah ini menggamit berbisik lembut akan tujuan asal menjadi seorang pengembara di alam maya dan pencatat setia cerita dan rasa untuk rujukan di hari muka sekali sekali menjenguk setelah sekian lama jemari tidak berkata kembali ke sini bagai berziarah ke pondok memori cerita dan rasa bersulam bersama terhampar pelbagai warna dan semoga hari esok ruang ini akan masih setia utuh dalam rasa kukuh dalam jiwa memahat rahsia. 0850 am 5 Jamadilakhir 1434H 16 April 2013

Jemari Kecil

Jemari kecil  lakaranmu semalam tiada hitam dan kelabu di sana mawar merah awan yang biru rerama ungu  dan pelangi indah berwarna- warni  kenapa hari ini langit yang suram malam yang kelam laut yang bergelombang memenuhi kanvas kehidupan yang kau lakarkan di saat usia baru menjejak remaja lupakah kau wahai anak kecil walau sejauh mana perjalanan sesukar mana ranjau kehidupan warna pelangi takkan pernah hilang cahaya mentari takkan pernah padam asalkan sinar matamu tetap menyinar semangat keazaman.   1515 pm 1 Jamadil Akhir 1434 H 12 April 2013

Penghujung lorong

Kian jauh melangkah hati yang resah jiwa yang gundah menyulam debar menganyam iktibar pada diri sumpah dipateri lurah dan lembah akan diredah suatu yang pasti penghujung lorong bukanlah penamat malah penyelamat andai berhemat.

Bersama kesusahan itu...

Assalamualaikum wb... Pada Al- Insyirah itu ada semangat yang menyengat ada tabah yang hebat saat hatinya sayu saat hatinya rindu ada suara yang memujuk dia tidak pernah ditinggalkan dalam kedukaan dalam kesedihan kerana tibanya kesusahan itu di sebaliknya ada kesenangan yang turut bertandang.

Insan Dewasa

Assalamualaikum wb... Kian jauh mengembara Hati makin kerap bertanya Soalannya sukar Perjalanannya mencabar Mungkin sekali sekala Terluka kaki terinjak duri Atau kaca dari pengembara yang leka Sabarlah Kerana kau bakal menjelma Sebagai insan yang sebetulnya Telah dewasa.

Saat Bermusafir

Saat bermusafir rasa amat hampir  dengan Pencipta ternyata kebergantungan kepada Allah lebih terserlah bila  berada di daerah asing.

Bisu dalam kata

Jemari kaku Hanya hati berbicara Siapa yang berdosa Saat renung jiwa Kian mengembara Hari ini Aku bisu Dalam berkata.

Perjalanan lautan

6 Ramadhan 1433H. Assalamualaikum wb... Di gigi air antara pasir dan ombak ada penghalang  untuk aku terus berjalan seandainya enggan berubah dan terus melangkah pasti akan lemas tanpa berjaya menatap biru lautan sebaliknya kalau benar ingin menyeberang atau belayar di laut dalam binalah bahtera yang kukuh  untuk menjelajah lautan kerana penghujung daratan bukanlah penamat kehidupan tapi permulaan perjalanan lautan yang amat panjang. Nota:  Rentetan pembacaan buku tulisan Prof Dr Hamka, Pandangan Hidup Muslim, Pustaka Dini Sdn Bhd (2004) ms 125 "Titik penghabisan daripada ilmu ialah permulaan dari falsafah, dan akhir kesudahan daripada falsafah, hanya dapat diselesaikan dengan agama"

Manusia dan Kemanusiaan

Kian jauh mengembara kian lelah memikul beban untuk memahami  ketabahan insan saat ibu merenung kejauhan sempatkah anakku menatap fajar pagi semalam di suatu sudut gelap runtuhan batu dan titisan darah tidak lagi bisa bercerita saat anak kecil meraung kelaparan di dadanya ada bara dendam entah bila akan padam dan deruan angin kering berbaur debu harapan sampai bila menjadi teman setia pada hati yang telah lama luka adakah akan sembuh atau selamanya akan parah bukti keinsanan telah lama lenyap dari kehidupan manusia dan kemanusiaan.

Buah Fikir

Usah dipersia buah fikir yang meranum di rimba takulan nun jauh di pergunungan sepi sesekali  terlihat kelibat haiwan liar  mengintai menguja manis dan harum entah bagaimana enak rasanya andai jiwamu lemah tiada pernah ditempa uji mengasak kukuhnya pasak saat ribut  taufan  menghenyak pastinya sesat di dalam terangnya mentari tapi sebaliknya jangan pernah mengaku alah sebelum melangkah kerana mana mungkin menebak dalamnya lubuk kalau selamanya hanya gegak bertempik di tepian kali.

Rahsia Alam

Di ruang yang asing detik waktu bagaikan malu menghitung ruang yang panjang berbisik pada udara kenapa alam terlalu berahsia setiap helaian daun  dan kelopak yang berkembang adalah kunci kepada misteri yang lama tersembunyi dari pandang seorang insan mungkin suatu ketika bila bulan bersuara dan bintang bercerita bumi yang terhampar dan laut yang mendampar bakal bersatu menjadi saksi tiada hadir sebiji benih  di dalam bumi yang tidak berzikir pada Penciptanya Yang Maha Tinggi. dan aku di sini tetap setia bersama janji dari azali.

Sekian Lama

Assalamualaikum wb, Sekian lama didakap selesa seolah tiada yang bisa menjentik emosi aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya pada hakikatnya di sebalik selekoh dan jalan terlalu banyak ranting dan duri menunggu masa untuk menikam jauh ke dalam hati yang leka perlahan aku tersedar perlu untuk membina rasa kebal andai berdepan apa saja tetap yakin dan bersedia aku orang yang sama semalam, hari ini dan selamanya.

Cubalah untuk lebih memahami

Assalamualaikum wb... Setiap hari berdepan dengan kerenah anak- anak, pada hakikatnya memang sukar untuk mengelakkan dari perasaan marah. Terutamanya bila kita rasa ragam mereka mencecah tahap melampau. Tapi, jauh di sudut minda rasional saya, apa yang saya hadapi sekarang  sering mengembalikan nostalgia zaman kecil saya sendiri. Malahan zaman remaja saya.  Mudah merajuk, mudah menangis, cerewet.....  Petang semalam, suami ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Anak- anak disuruh tukar pakaian. Maryam tiba- tiba mengamuk sakan hanya kerana suami saya suruh dia tukar ke pakaian yang lebih elok. Sedangkan, semasa saya balik saya tengok dia amat ceria. Mulanya memang saya marah sangat tapi malas nak layan sebab tak nak rosakkan suasana seronok yang lain yang nak makan di luar. Saya cuma dengar dia membebel dalam tangisannya. Akhirnya sebab kasihan, saya tanya apa yang dia sedihkan sangat. Rupa- rupanya, Maryam kecewa sangat sebab saya tak peras...