Posts

Showing posts with the label Maryam

Sketsa Persoalan Tanpa Prejudis

Assalamualaikum wb... **************************************************** Sketsa 1: Soalan: Kenapa lelaki solat tak pakai telekung macam perempuan? Jawapan: Sebab kalau semua pakai telekung, nanti tak dapat nak bezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 7 tahun yang mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya perempuan. ******************************************************* Sketsa 2: Kenyataan: Nabi Adam AS tak baiklah sebab tindakannya melanggar perintah Allah menyebabkan kita tak berpeluang nak duduk kat syurga. Penjelasan spontan: Kerana Nabi Adam keluar dari syurgalah kita dilahirkan ke dunia dan berpeluang untuk merasai kehidupan di syurga kalau kita taat kepada Allah dan RasulNya. Kalau tak, hanya Nabi Adam dan isterinya sahaja yang akan menetap di Syurga selama- lamanya. Situasi: Seorang kanak- kanak berumur 10 tahun bertanya setelah mendengar satu program di radio IKIM mengenai Nabi Adam. ******************...

Projek Nilam Keluarga

Assalamualaikum wb... Saya dan suami mempunyai peruntukan khas untuk membeli bahan bacaan sama seperti perbelanjaan rumah yang lain. Setiap kali menjenguk kedai buku, amat sukar untuk keluar tanpa membeli sebarang buku; sama ada untuk diri sendiri atau anak- anak. Selalunya buku yang saya dan suami beli dari bahan bacaan yang boleh dibaca berulang kali seperti buku agama, buku kraf atau buku bacaan umum.  Sebaliknya,  untuk anak- anak pula selalunya adalah buku cerita yang mereka akan baca sekali sahaja. Lepas tu akan dibiarkan berhabuk dan anak- anak akan merengek pula untuk dibelikan buku baru selepas menghabiskan bacaan dalam masa cuma beberapa hari. Rasa macam membazir pulak bila tengok buku- buku yang masih elok disimpan begitu sahaja. Jadi, sebagai penyelesaiannya, suami lancarkan Projek Nilam Keluarga. Fatihah dan Maryam ditawarkan hadiah yang mereka pilih sendiri setiap kali mereka mencapai sasaran jumlah buku yang ditetapkan; 30, 50, 70, 100...

Cubalah untuk lebih memahami

Assalamualaikum wb... Setiap hari berdepan dengan kerenah anak- anak, pada hakikatnya memang sukar untuk mengelakkan dari perasaan marah. Terutamanya bila kita rasa ragam mereka mencecah tahap melampau. Tapi, jauh di sudut minda rasional saya, apa yang saya hadapi sekarang  sering mengembalikan nostalgia zaman kecil saya sendiri. Malahan zaman remaja saya.  Mudah merajuk, mudah menangis, cerewet.....  Petang semalam, suami ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Anak- anak disuruh tukar pakaian. Maryam tiba- tiba mengamuk sakan hanya kerana suami saya suruh dia tukar ke pakaian yang lebih elok. Sedangkan, semasa saya balik saya tengok dia amat ceria. Mulanya memang saya marah sangat tapi malas nak layan sebab tak nak rosakkan suasana seronok yang lain yang nak makan di luar. Saya cuma dengar dia membebel dalam tangisannya. Akhirnya sebab kasihan, saya tanya apa yang dia sedihkan sangat. Rupa- rupanya, Maryam kecewa sangat sebab saya tak peras...

Alhamdulillah .. (Untuk yang kesekian kalinya..:)

Assalamualaikum wb.... Ingat tak pada entri terdahulu saya ada menulis mengenai Maryam dan peperiksaan yang didudukinya. Tadi saya menerima sms dari cikgu sekolahnya yang keputusan peperiksaan dah ditampal di pejabat pendidikan bahagian. Memandangkan saya memang tak dapat nak pergi tengok dan disebabkan cikgunya pun tak sabar dah nak tahu keputusan peperiksaan anak muridnya yang cengeng tu, dia dah pergi sendiri untuk tengok kat pejabat pendidikan. Sebenarnya cikgu tu pangkat anak saudara saya, tu yang dia pun beria2 nak tahu tu... :).... Sebentar kemudian (Pejabat pendidikan tu tak le jauh sangat dari  kawasan kediaman kami ), cikgu tu sms yang MAryam diterima masuk ke sekolah yang kami inginkan tu. Sebenarnya banyak sebab kenapa kami nak masukkan Maryam ke sekolah yang dimaksudkan ni. Yang penting sekali, Fatihah pun bersekolah kat situ, jadi bila kedua2 Maryam pun dapat masuk ke situ, kuranglah kesukaran yang bakal dihadapi oleh Unit Pengangkutan ke Sekolah (suami saya l...

Kemaskini semasa

Image
Assalamualaikum wb... Pagi tadi Maryam menduduki peperiksaan pemilihan kemasukan ke Tahun Satu. Sedang membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan Yang berkepit dengan cikgu bertudung purple tu adalah Maryam. Tak  nak masuk dalam barisan. Habis periksa kami pergi makan roti kering dan sup di Delifrance. Dah happy.. Tak ingat dah nangis2 tadi... :) Pencuci mulut pulak ialah Black Forest. Sengaja bawak budak2 joli sikit, nak pujuk Maryam yang baru lepas memerah otak jawap kertas periksa. Tengok dalam gambar kedua tu, siap dipeluk cikgu lagi sebab menangis. Sedapnya Black Forest... Balik rumah semua dah letih. Tiba2 nenek telefon kata nak hantar bubur. Rupanya, baby Suhaib yang hantar, dalam perjalanan nak pergi shopping. Comelnya Baby Suhaib... Mata pun dah tak nampak dah... Setakat ini dulu. Nota penulis: Entri ini dibuat pada Sabtu lepas tapi menghadapi masalah masa nak publish.

Hfmd

Image
Assalamualaikum...... Saya dah dua hari tak ke pejabat sebab Maryam dan Asiah disahkan dijangkiti virus Hand Food and Mouth Disease. Maryam yang dah berusia 6 thn saya tak risau sangat sebab boleh faham konsep sakit. Asiah pula dah 2 hari tak nak makan. Sepanjang masa dia akan kunci mulutnya. Nak minum susu pun perlu pujuk betul2.

Perjalanan Ramadhan seorang Maryam

Assalamualaikum wb... Salam 5 Ramadhan 1432 H. Kunjungan Ramadhan telah memasuki hari ke 5 dan Maryam masih gigih menjalankan ibadah puasanya untuk kali pertama sepenuhnya. Saat yang paling dia sukai ialah saat berbuka puasa. Walaupun kami berbuka puasa dengan juadah yang sekadarnya sahaja (mana yang sempat dimasak atau dibeli semasa suami balik dari pejabat), Maryam tetap tidak sabar2 menyambut kedatangan masa berbuka. Bila dah masuk pukul 6 petang (berbuka pada sekitar 6.55 petang) Maryam mula bertanya sama ada masih lama lagi nak berbuka puasa. Dan sebaik sahaja pengumuman masuk berbuka puasa, Maryam akan menikmati dengan penuh selera apa sahaja yang terhidang di meja. Walhal, sebelum ini Maryam kurang berminat untuk makan terutama selepas pembantu kami berhenti. Bersahur pun Maryam tidak menghadapi masalah. Saya dari awal telah mengingatkannya untuk memastikan makan banyak supaya tidak lapar semasa berpuasa. Setakat ini Maryam bersahur dengan berselera dan bangun dengan mudah sema...

Takut kubur gelap

Image
Salam... Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan. Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat... Sebabnya?... Ceritanya begini..... Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut. Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan. Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak. Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang. Memang ilmu mengenai alam kubur ni ter...

Masukkan kunci ikut tingkap...

Kebiasaannya kalau saya dan suami keluar malam, kami akan membawa kunci rumah supaya tak perlu menyusahkan pembantu dan anak2 semasa keluar dan kalau balik lewat. Pagi tadi semasa nak bertolak ke pejabat, Maryam sudah bangun dan duduk bersama saya di meja makan menemani saya sarapan. Fatihah dan abahnya dah bertolak awal kerana Fatihah perlu sampai awal ke sekolah. Maryam pula bersekolah sesi tengahari. Memandangkan pembantu rumah saya yang dipanggil anak2 "kakak" masih di tingkat atas, saya beritahu Maryam untuk mengunci pintu selepas saya keluar. Tapi menurut Maryam dia tak pandai nak kunci pintu. Memang pintu rumah saya ada sedikit masalah dan perlu ditarik sedikit untuk memudahkan untuk dikunci. Tiba-tiba Maryam mencadangkan supaya saya bawa kunci rumah. Saya gelak sambil memberitahu bahawa saya bukannya keluar berjalan sebentar seperti selalu. "Mama masukkanlah semula kunci tu ikut tingkap", Maryam menjawab selamba. Saya terperanjat. Tak pernah pulak saya terfi...