Posts

Showing posts with the label Mari tunaikan solat

Takut kubur gelap

Image
Salam... Tidak seperti Fatihah, Maryam "liat" sedikit nak mula belajar solat. Setiap kali diajak menyertai kami solat berjemaah, dia akan mencari pelbagai alasan. Namun, Alhamdulillah sekarang lebih mudah nak ajak dia solat... Sebabnya?... Ceritanya begini..... Kami sekeluarga pernah bercerita pasal kehidupan di alam barzakh semasa membaca buku mengenai tajuk tersebut. Sebenarnya anak- anak yang mula bertanya mengenai kehidupan di alam kubur apabila kami singgah menunaikan solat di sebuah masjid yang dikelilingi kawasan perkuburan. Nak cerita pun tak begitu arif sangat menyebabkan saya dan suami mencari buku mengenai alam barzakh. Dan bila dah jumpa dan suami bercerita serba sedikit mengenai alam barzakh, pelbagai pertanyaan keluar dari mulut anak- anak. Sehingga keluar isu bahawa kubur tu gelap dan banyak haiwan2 berbisa. Tapi kalau kita rajin menunaikan solat, kubur kita akan terang - benderang dan haiwan berbisa pun takut nak datang. Memang ilmu mengenai alam kubur ni ter...