Assalamualaikum wb dan salam 9 Syawal 1432 H. Pastinya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri. Sepuluh jari disusun, kemaafan dipohon kerana pastinya sebagai seorang insan, saya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan yang mungkin menyinggung perasaan rakan2 sama ada di alam nyata atau di alam maya. Kemas kini Aktiviti Raya di Sana Sini saya tahun ni: 1. Rasa kurang lengkap sedikit sebab abang sulung (da only boy in da family) dan keluarga tak balik beraya kerana isteri sarat mengandung dan anak nya yang sulung nak ambik UPSR. Sampai tak de selera nak tangkap gambar keluarga yang menjadi agenda wajib setiap raya. 2. Selain dari (1) di atas,memang kiranya saya, suami dan anak2 memang beraya sakan. Mana tidaknya, tiap hari dari raya pertama kami tak duduk di rumah sendiri. 2(i)Hari Raya Pertama berziarah ke rumah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara mara sebelah mertua. Dapat la peluang berziarah bersama abang ipar dan keluarganya ya...