Posts

Showing posts with the label Umrah 2015

Sepurnama Berlalu

Image
Telah sepurnama melambai pergi Namun harum tetap mewangi Rindu bertapak di hati

Bukit Safa dan Marwa

Image
Tangisan sayu belahan jantung Merentap jiwa Saat Safa dan Marwa kudaki  berulang kali Lambang kasih seorang ibu Yang tak pernah berbelah bagi

Jabal rahmah

Image
Bukit ini adalah lambang kasih Dua jiwa yang terpisah Dan bersua kerana Allah Dan doaku teranyam Di Jabal Rahmah

Kota Madinah

Image
Kota Madinah Hatiku kau genggam erat Tanpa mampu kuambil kembali Walau saat kaki terpaksamelangkah pergi Nanti aku di sini Akan ku kembali

Rindu

Image
Biarkan kerinduan itu mendakap jiwa Sehingga aku dijemput kembali untuk ke sana Mengucup cinta abadi yang mengharum Semerbak hingga ke Syurga.

Redha

Image
Semasa di lapangan antarabangsa Jeddah, dpt uzur syar'ie. Redha dengan ujian kesedihan seperti gembira menerima anugerah rahmatNya, in sya Allah.  Pemandangan dari jendela pesawat semasa pendaratan.  Pemandangan lapangan terbang semasa sedang menuju ke kawasan bas menunggu setelah beberapa jam menyelesaikan urusan kelewatan beg beberapa orang jemaah lain.  Pemandangan dari jendela hotel.  Juga pemandangan dari jendela hotel.  Pagi ini jemaah- jemaah umrah mengikuti ziarah dalam melawat kawasan dalam masjid nabawi termasuk maqam nabi.  Saya pulak merayau- rayau di sekitar luar hotel sambil menjenguk harga pasaran.  Hasil tangkapan...  Saya berbelanja dengan matawang malaysia sebab belum sempat membuat tukaran. Peniaga di sini tak keberatan sebab matawang kita lebih tinggi.

Perjalanan Rohani

Image
Bismillahir Rahmannir Rahim Bermulalah satu perjalanan rohani. 

Mentari Dua Dunia

Image
Mak mertua menikmati cerita Ali Baba dan 40 Penyamun. Ali Baba sedang memanjat pokok sebab nak tengok rombongan penyamun sedang menuju ke pusat persembunyian.  Jam dah menunjukkan 1104 malam waktu malaysia tapi pemandangan di luar ... masih terang- benderang dengan cahaya matahari bersinar terik. Subhanallah.