Posts

Showing posts with the label Motivasi Pagi

S and R

Salam 27 Safar 1432 H... Dah masuk Februari 2011 rupanya... Lembap betul kadar penghasilan entri saya tahun 2011 nih... Nampaknya kena usaha lebih lagi sebelum blog saya ni terjerumus dimasukkan dalam statistik blog yang pupus.... S and R... Apa tu?... Stimulate and Respond... vs S T R... Stimulate Think Respond.. Ni cerita Segmen Motivasi PAgi di Radio IKIM pagi ni... Kata penceramah tu, sama seperti kita boleh memilih untuk bahagia, kita juga berupaya untuk menghindari derita... Kenapa begini?... Sebab kita adalah manusia dan bukan haiwan... Haiwan mengapplikasi konsep S and R di mana ia hanya berupaya untuk bertindak balas terhadap setiap rangsangan yang diterima... Bagaimana pula dengan manusia?.. Kita manusia pula dianugerah Allah dengan pelbagai kelebihan sesuai dengan status kita sebagai sebaik2 makhluk ciptaanNya... Manusia berfungsi melalui konsep S T R dengan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindakbalas dengan setiap rangsangan yang diterima.. Maksudnya, kita tidak semesti...

Menangislah

Salam Syawal. Nak kongsi apa yang saya dengar dari Segmen Motivasi Pagi, Radio IKIM.fm 05/10/2010. Mintak maaf sebab tak dpt rujuk penceramah sebab belum kenal dengan penceramah baru untuk bulan Oktober 2010. (Penceramah digilir setiap bulan) "Janganlah menangis kerana anda tidak dihargai tetapi menangislah sekiranya anda tidak berharga " Jadi, macamana nak tau kalau kita sudah tidak berharga? Penceramah ajukan lima tanda kita tidak berharga: Sekiranya iman tidak bertambah Sekiranya ilmu tidak bertambah Sekiranya tidak berakhlak Sekiranya maruah tercemar Sekiranya tidak berharta yang boleh mendekatkan kita kepada Allah Wallahua'lam....

Alhamdulillahilladzi ahyana...

Juadah tengahari Juma'at Ringkasan Segmen Motivasi Pagi Ikim.FM- 06.08.10 ++++++++++++++++++++++++++++++ 1. Peluang untuk meneruskan kehidupan sehari lagi merupakan anugerah berharga dari Allah. Sebab itu kita dianjurkan untuk membaca doa bangun tidur; ***** "• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur Artinya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit Keterangan : Doa ini berdasarkan hadits nabi yang saya ambil dari Riadust Shalihin : عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ : بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ Artinya : Hudzaifah r.a...

Sekolah tak ada ujian?..

Entri ini berkaitan dengan entri mengenai peperiksaan sebelum ini. Saya sengaja membuat entri tersebut sebagai intro atau pembuka selera sebelum membaca entri ini. Sebenarnya saya ingin berkongsi isu yang disentuh penceramah Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi. Untuk makluman, beliau merupakan penceramah baru. Semalam pertama kali beliau ke udara dan saya terus meletakkan rating tak best. Tapi hari ni saya rasa saya patut memberi beliau peluang dan cuba untuk mengutip seberapa banyak pengajaran walau siapa pun yang memberinya. Dan Alhamdulillah saya membuat pilihan yang tepat kerana walaupun pendekatan ceramahnya berlainan dari penceramah2 sebelum ini, tetapi pengajaran yang dikongsikan tetap sama nilainya dengan yang terdahulu. +++++++++++++++++++++ Antara yang menarik: 1. Dunia ini merupakan dewan peperiksaan yang besar di mana tempoh kita di dalamnya telah ditetapkan. 2. Semasa di dewan peperiksaan, apakah reaksi spontan kita apabila berada di sana? Berjenaka? Bergurau senda? Berleka be...

Mari le berekreasi dan beriadhah...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm, 30 Julai 2010 (Ustaz Hasrizal Abdul Jamil) Nota: Saya hanya sempat mendengar di pertengahan segmen, jadi saya catatkan setakat yang mampu. 1. Iman menurun dan menaik Hadis Nabi S.A.W mengenai Sahabah bernama Hanzalah yang menganggap dirinya munafik kerana Imannya yang menaik semasa di Majlis Nabi SAW tetapi menurun semula apabila berada di tempat lain. Nabi SAW bersabda bahawa seandainya Iman seseorang itu sentiasa sama sahaja dalam semua keadaan, para Malaikat pun akan berjabat tangan dengannya (tabik spring kata penceramah). Menurut Nabi SAW, Iman seseorang itu secara biasanya sebagai manusia akan turun naik mengikut keadaan. Tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha meningkatkan tahap Iman kita. (Riwayat Muslim, saya akan cuba dapatkan maklumat terperinci mengenai hadith ini, Insya'Allah) 2. 4 aktiviti yang tidak dianggap membazir oleh Nabi SAW walaupun secara kasarnya seperti tidak mendatangkan faedah Aktiviti berulang- al...

Baiti Jannati...

Ringkasan Segmen Motivasi Pagi- IKIM.fm 29.07.2010 ============================ 1. Manusia diberi empowermen untuk mentadbir satu unit pemerintahan kecil dikenali sebagai institusi keluarga. 2. Rumahtangga dibina di atas asas Sakinah, Mawaddah wa Rahmah - Peringkat pertama- Sakinah Ia dikenali sebagai Sakinah kerana melalui perkahwinan, ketenangan fikiran dan dan asas kehidupan manusia normal telah dikecap. Peringkat ini dikenali sebagai peringkat bulan madu. - Peringkat kedua- Mawaddah Setelah melepasi peringkat bulan madu, akan tiba peringkat di mana pasangan mula mengenali sifat sebenar pasangan masing-masing. Di peringkat ini mula muncul silap faham dan konflik di celah kehidupan harian. Namun, sikap tolak ansur dan kesabaran di antara pasangan mampu membantu pasangan melepasi segala cabaran. Hasilnya ikatan kasih sayang pasangan akan bertambah erat. Kebahagiaan rumahtangga bukanlah dijamin dengan suasana perhubungan yang sentiasa tenang tetapi melalui keupayaan pasan...

Surah Al-Waqiah

Sarapan Pagi Khamis ( وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ (٨٥ - And We are nearer unto him than ye are, but ye see not - (85) -"dan Kami lebih dekat dengannya daripadamu, tetapi kamu tidak dapat melihat (ketika itu)" (Surah Al-waqiah: 85) (saya baca surah Al-Waqiah dan Al-Hadid) Boleh rujuk link ni untuk AlQur'an dalam talian.

Marah

Segmen Motivasi Pagi, IKIMfm-Ustaz Pahrol "Marah itu umpama api di dapur hati, tidak boleh terlalu panas, kita akan hangus tidak boleh tiada langsung, kita akan dayus" 1. Perasaan marah tanpa kawalan akan lebih merosakkan kita sendiri berbanding dgn orang yg kita marah 2. Jangan marah terhadap kritikan kerana ia memberi kita tanda untuk membaiki diri 3. Marah yang terkawal adalah anugerah kerana ia mendorong kita untuk bangkit membela 4. Marahlah kerana Islam dan bukan kerana kepentingan diri 5. Setiap kali marah menjelma, cuba tengok diri di cermin dan kita akan menyedari hakikat rupa wajah kita ketika marah. Nota Pemblog: Saya pernah terdengar/ terbaca bahawa kemarahan kerap diluahkan terhadap mereka yang berada di bawah kawalan/ kuasa kita. Sebab itulah kecenderungan marah adalah dari ketua terhadap pekerjanya, ibu bapa terhadap anak2nya, suami terhadap isteri. Berdasarkan perkara ini, saya berpendapat untuk mengurangkan kemarahan yang melampau apabila berlakunya sesuatu ...

Memberi

Segmen Motivasi Pagi, IKIM.fm- Ustaz Pahrol Kita hidup dengan apa yang kita ada, namun kita MEMBINA KEHIDUPAN dengan apa yang kita BERI Kenapa enggan memberi? 1. Saya tiada harta untuk diberi Luaskan skop "harta" dalam hidup anda dan anda akan dapati andalah yang paling kaya. Harta benda Ilmu Pengetahuan Nasihat Senyum Doa nota pemblog: Juga boleh memberi laluan kepada kereta lain yang ingin masuk laluan anda semasa memandu di jalan raya 2. Memberi akan mengurangkan harta Al-Qur'an berjanji bahawa untuk setiap harta yang disedekahkan akan berkembang biak seperti pokok padi. Nota pemblog: Kalau dilihat dari segi nilai, orang yang memerlukan akan meletakkan nilai yang lebih tinggi kepada suatu perkara berbanding dgn orng yang kurang memerlukan. Sebagai contoh, bagi orang kelaparan, sekeping biskut kering amat bermakna berbanding dengan orang yang sedang kenyang, tidak akan memperdulikan biskut kering tersebut. Jadi, dengan memberi harta kepada yang memerlukan akan meni...