Posts

Showing posts with the label Al-Ankabuut

Bersabarlah

Salam 19 Syawal. Saya sebenarnya sedang kembali belajar untuk memahami agama saya Islam. Ini bukan bermakna Islam tu sukar. Sebaliknya kerana Islam itu mudah yang menyebabkan saya seolah2 mengambil ringan terhadap Islam yang sepatutnya saya jadikan satu2nya panduan dalam menakhodakan kehidupan saya. Dua tiga hari lepas saya membaca Al-Qur'an dan terjumpa ayat ni: [Ankabut 29:7] And those who accepted faith and did good deeds - We will indeed relieve their sins and reward them for the best of their deeds. Saya terpaku kerana sebenarnya kita berpeluang untuk menghapuskan kesilapan2 semasa di dunia lagi dan bukan hanya semasa dihisab di Hari Pembalasan nanti. Cuma, saya tertanya2 di dalam hati apakah amalan kebajikan (good deeds) yang melayakkan kita untuk menikmati pelepasan dari kesalahan2 kita. Hati saya berbisik, mampukah saya melakukan amalan kebajikan tersebut? Saya yang saya sendiri sedar hanya orang yang "biasa2" sahaja, layak ke untuk dihapuskan kesalahan2 sepert...