Posts

Showing posts with the label Minda Sihat

Mendengar rintihan sebelum ia bertukar jeritan

Seperti biasa saya perlu catat perkara2 yang saya petik dari segmen Motivasi pagi tadi (Ustaz Pahrol) yang saya rasa amat menarik sebelum terlupa: 1. Rintihan amat penting sama seperti keperluan terhadap makanan 2. Dengarlah bisikan/ rintihan mereka sebelum ia bertukar kepada jeritan Rintihan anak2 yang tidak diberi perhatian akan bertukar kepada jeritan apabila mereka meningkat dewasa. 3. Semakin banyak mendengar semakin tinggi peluang untuk mengutip ilmu/ maklumat yang bertebaran 4. "Kekasih" yang cemerlang ialah mereka yang sentiasa bersedia untuk mendengar rintihan/ bicara pasangan mereka 5. Allah adalah Pendengar yang paling Setia kerana Dia Maha Mendengar 6. Dengan meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan/ rintihan/ bisikan individu yang bermasalah anda mampu mengubah masa depan individu tersebut ke arah yang lebih baik. Nota: Siaran ulangan selepas maghrib setiap hari di Ikimfm. Dicadangkan untuk dengar ulangan isu hari ini.

Surah Al-Ikhlas

I was dropping by at my other blog which was not maintained for quite some time. However it seems that someone has posted a message which was not supposed to be posted at my Guest Book Section because it is obviously reflected from my blog that I'm a Muslim. So I considered it as provocative posting. However, I cant delete it because there was no delete button provided by the site developer. So, to force the posting to go down to Archive section faster, i plan to post other postings there. The first one would be as below. And I posted the same posting at his/ her blog because if he/ she didnt mind to post his/her posting at my blog, then I think it is okay for me to post something back at he/ her blog. Arabic: بسم الله الرحمن الرحيم قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١ اللَّهُ الصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤ Transliteration: Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem 1 Qul huwa Allahu ahad 2 Allahus-samad 3 Lam yalid walam yulad 4 Walam yakun lahu kufuwan ah...

Saya tak tahu makna ni..

Perkataan Bahasa Melayu yang saya tak tahu maknanya.. Ehh.. Kitakan ke orang Melayu.. Ada ke perkataan yang kita tak tahu lagi?.. Ada...... Banyak pulak tu..... Mari kita tengok sama2 ya.. 1. Tukas (Selalu jumpa dalam novel/ cerpen) 2. Ngarai (dengar dalam Segemen Motivasi Pagi IKIM.fm pagi tadi) 3. Gesit (selalu jumpa dalam novel/ cerpen) 4. Rabut (terjumpa dalam antologi cerpen Fatimah Busu yang baru hari tu) 5. kelarai (sama macam 4 di atas) Salam.. Layan...

Imam Muda

Petang semalam, sebelum maghrib kami sekeluarga terpacak depan televisyen. Seronok tengok uji bakat untuk program terbaru Astro, Imam Muda. Program ni bertujuan mencungkil bakat di kalangan anak muda untuk menjadi Imam. Saya rasa konsep Imam di sini bukanlah setakat mengimami solat semata2 tetapi juga menjurus kepada menjadi pemimpin dan contoh masyarakat setempat. Sebab tu lah seorang peserta uji bakat gagal melepasi saringan 1 walaupun pengalaman yang beliau sebutkan memang melayakkan beliau untuk menjadi Imam Masjid. Memang kelakar bila melihat pelbagai gelagat sewaktu proses ujibakat diadakan. Malahan ada seorang peserta yang meminta supaya dia boleh membelakangi penonton/ juri untuk mengatasi masalah gugup. Memang sahlah tak lepas. Kalau dah awal2 tak dapat kawal gugup, mampu ke menghadapi ujian dalam progra yang pastinya lebih getir. Secara ringkasnya, memang bagus betul program nih. Kita penonton pun dapat belajar sekali secara tak langsung. Penjurian pun tidak melibatkan jari t...

Cermin Diri

Image
"OOO Balik kampung", Maryam menyanyi berulang kali. Seronok benar hati Maryam. Sekali-sekala dia menyanyi kecil tanpa jelas buah butir senikatanya. Tapi yang pasti iramanya ialah irama lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Begitulah anak-anak. Begitu murni dan polos. Sedih hatinya, dia menangis. Ceria jiwanya, berirama lah pulak suaranya menyanyi. Yang pasti, ceria dan duka, pasti berkaitan dengan diri kita. Kenapa ya berkaitan dengan kita? Saya membuat kenyataan begitu kerana kitalah insan yang paling rapat dengan mereka. Ternyata tingkah laku anak-anak, ceria duka, tangis ketawa jelas merupakan cermin kepada diri sikap kita. Layanan mesra dan perhatian kita curahkan, sinar mentari akan memancar di mata mereka. Namun, sebaliknya pasti akan menyebabkan awan mendung berarak di wajah comel. Hakikatnya, jangan salahkan anak-anak seandainya mereka menunjukkan sikap negatif terhadap sesuatu perkara. Sebaliknya, kembalilah kepada diri sendiri dan selidik...

Mari baca buku

Sessi blogwalking hari ini membawa saya ke sebuah blog mengenai buku (Thinking of Books). Ia membincangkan pelbagai buku yang boleh membantu kita membuat keputusan buku mana yang perlu diberi keutamaan untuk dibaca. Kebetulan saya memang sedang cari blog macam ni. Jadi saya masukkan pautan kat blog saya untuk mudah cari dan ikut sekali. Kalau berminat nak jenguk dan digalakkan menjenguk. klik kat sini.

Terapi Taman Mini

Kian hari, kemelut kehidupan kian mencabar diri setiap individu bergantung dengan peranan beliau dan suasana di mana beliau berada. Cabaran kehidupan sebagai seorang ahli keluarga tetap menguji kesabaran tidak kira sama ada beliau seorang bapa, ibu atau seorang anak. Manakala cabaran kerjaya juga tidak boleh dipandang ringan terutama dalam era teknologi maklumat yang tidak lagi mengenal erti sempadan masa dan tempat. Justeru, setiap individu harus bijak menangani setiap cabaran untuk memastikan keseimbangan fizikal dan minda dapat dikekalkan demi untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih bermakna dan ceria. Seorang individu yang cemerlang harus bijak mengenal pasti petua atau tips yang boleh diamalkan sebagai terapi untuk mengekalkan ketenangan minda selepas menjalani aktiviti harian. Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan untuk menenangkan minda bergantung dengan kecenderungan masing-masing. Sebagai contoh, seorang yang meminati suasana laut boleh meluangkan masa untu...