Posts

Showing posts with the label Sudut Maklumat

Suka yang ni

Pada saat ini saya suka perkataan ni: Persis Melirik Melarik Merentas Meredah Saya tak ada sebab tertentu kenapa tiba-tiba je rasa tertarik nak catat perkataan-perkataan tu kat blog ni. Cuma kadang-kadang kita tersedar betapa masih banyak perkataan di dalam bahasa Melayu yang kita kurang mahiri. Dan sebenarnya bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain untuk memenuhi kehendak penulisan kita. Hanya kita yang kurang menguasai perbendaharaan kata yang sedia ada. Renung-renungkan... nota: Saya pautkan setiap perkataan ke laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP .

Romantiknya

Cinta Kerana Hadis Utusan Malaysia (Mega) 8 Jun 2010, Selasa ms 8 Oleh: Raja Intan Raja Azaham +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Juara Rancangan Realiti Gadis Melayu, Noormaaidah Zali (Aida) pertama kali disapa melalui sms oleh lelaki yang sekarang ini adalah suaminya dengan niat untuk menegur "kesilapan"nya menyebut hadis semasa mengacarakan Wanita Hari Ini. Lamarannya pula berbunyi begini: " Aida, sudikah kau menjadi teman hidupku? Sudikah kau menjadi menantu bagi keluargaku? Sudikah kau menjadi temanku, dunia dan akhirat?" yang dibuat di hadapan Aida dan adik2nya semasa mereka sedang berada di dalam kereta. Aida melangsungkanpernikahannya dengan Mohd Saiful Nizam Ismail, seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 pada 4 Jun 2010 dengan berwalikan bapanya sendiri Encik Zali Ismail. Majlis persandingan pula diadakan pada 5 Jun 2010. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Nota pemblog: Semoga dirahmati Allah. Perkenalan dimulai dengan niat yang s...

Lets Speak Sarawak Malay Language

Want to learn how to speak Sarawak Malay Language? Lets start: 1. What is your name? Malay: Siapa nama awak? Sarawak Malay: Sapa nama kitak? You= Awak= Kitak 2. My name is Maryam Malay: Nama saya Maryam Sarawak Malay: Nama kamek Maryam I= Saya= Kamek 3. I want a plate Malay: Saya mahu sebiji pinggan Sarawak Malay: Kamek nak tapak sigek Plate= Pinggan= Tapak a= sebiji= sigek getting harder?.. Lets try one more 4. What are you doing ?. Malay: Awak buat apa tu? Sarawak Malay: Apa polah kitak? doing= buat= polah nota pemblog: Terfikir nak buat ni bila dengar segmen baru "Belajar Bahasa" kat Ikim.FM sebelum Buletin Pagi pukul 8 pagi. Layan....

Imam Muda

Petang semalam, sebelum maghrib kami sekeluarga terpacak depan televisyen. Seronok tengok uji bakat untuk program terbaru Astro, Imam Muda. Program ni bertujuan mencungkil bakat di kalangan anak muda untuk menjadi Imam. Saya rasa konsep Imam di sini bukanlah setakat mengimami solat semata2 tetapi juga menjurus kepada menjadi pemimpin dan contoh masyarakat setempat. Sebab tu lah seorang peserta uji bakat gagal melepasi saringan 1 walaupun pengalaman yang beliau sebutkan memang melayakkan beliau untuk menjadi Imam Masjid. Memang kelakar bila melihat pelbagai gelagat sewaktu proses ujibakat diadakan. Malahan ada seorang peserta yang meminta supaya dia boleh membelakangi penonton/ juri untuk mengatasi masalah gugup. Memang sahlah tak lepas. Kalau dah awal2 tak dapat kawal gugup, mampu ke menghadapi ujian dalam progra yang pastinya lebih getir. Secara ringkasnya, memang bagus betul program nih. Kita penonton pun dapat belajar sekali secara tak langsung. Penjurian pun tidak melibatkan jari t...

Kategori Wangian

Kesenian Sains Dalam Minyak Wangi Estidotmy, Rabu 26 Mei 2020 muka 14 dan 15 oleh Azida Ishak 1. Perkataan minyak wangi (perfume) berasal dari ungkapan Latin peri yang bermakna "merebak " dan fume yang bermaksud "asap" . 2. Industri minyak wangi dipercayai dimulai oleh ahli kimia Islam Jabir Ibnu Hayyan (721-815M) dan dikembangkan pula oleh Al-Kind i (805-873) melalui kitab beliau Kimiya' Al-Itr . (Saya akan cuba buat verifikasi lanjut pasal ni) 3. Bahan asas dalam sebatian minyak wangi ---->> Air + Alkohol (Pelarut) + minyak pati (yang mengandugi sebatian aromatik) 4. Seni pembuatan minyak wangi boleh disamakan dengan teknik menggubah lagu kerana teknik pencampuran beberapa jenis wangian ke dalam satu larutan adalah merujuk kepada kategori wangian itu sendiri: Nada Atas - berasal dari sari buahan/ tumbuhan seperti lemon, anggur, pic dan nanas. Ia dapat dihidu dengan pantas kerana kemeluapan molekulnya yang kecil dan sangat cepat (co-efficient 1-14)...

Saya suka

Kadangkala semasa mendengar radio atau membaca, saya akan tiba2 tersentap dengan penggunaan perkataan tertentu. Mungkin kerana indah, unik atau saja2 tanpa sebarang sebab. Antaranya yang akhir2 ini saya dengar: 1. meranap: bermakna hancur; runtuh; musnah; contoh penggunaan: rumah itu ranap semasa kejadian gempa bumi yang berlaku semalam Jambatan itu ranap sewaktu banjir melanda minggu lepas. Boleh tak kita guna untuk meghasilkan kata2 indah? contoh: maruah yang ranap : Akar Bertuah di hujung terowong debu syaitan berterbangan memamah susila menyebar noda saat demi saat detik demi detik meranap maruah anak bangsa jenguklah jiwa aku memohon bangunlah bangkit melangkah menongkah resah kerna kalian akar bertuah pohon masa depan (boleh juga ditukar kepada pohon wawasan ) eehh.. ehh.. sajak lah.. ":) Layan....

Pelbagai pendekatan memblog

Menatap pelbagai blog yang dicari secara rambang, saya belajar pelbagai cara untuk menghasilkan blog yang ringkas, menarik dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada pembaca. Sebagai contoh, saya merujuk kepada blog seorang penggiat sastera Dr Mawar Shafeihttp://mawarshafei.blogspot.com/. Saya tertarik dengan blognya yang sentiasa dikemaskini. Entrinya pula ringkas dan mudah difahami. Setiap entrinya akan disertakan dengan imej/ gambar comel yang berkaitan dengan entri tersebut. Seterusnya saya terjumpa satu blog yang berpendekatan santai sesuai dengan pengendalinya yang masih berstatus pelajar http://lilgurlshasha.blogspot.com. Walaupun menggunakan bahasa yang santai, blog tersebut begitu menarik kerana pengendalinya mengajak pembaca bersama-samanya menikmati pengalaman dan kehidupan hariannya sebagai pelajar dan cerita-ceritanya bersama keluarga. Saya juga tertarik dengan sebuah blog yang menceritakan ketabahan ayahnya berjuang menghadapi penyakit. Pemblog http://intanmasyitah.b...

Soal jawab agama

S aya kerap keliru mengenai tempoh darah nifas . Almaklum la, urusan melahirkan bukannya berlaku tiap - tiap hari ... Lantas untuk mendapat kepastian saya menelusuri internet untuk mendapat maklumat lanjut dan telah terjumpa dengan laman ini   http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/tempoh-nifas.html . Berdasarkan pembacaan saya , walaupun terdapat pendapat yang berpegang kepada tempoh 40 hari , ternyata Imam Shafiee berpegang bahawa tempoh 40 adalah kebiasaan untuk darah nifas keluar . Manakala Imam Shafiee berpendapat tempoh maksima darah nifas keluar adalah selama 60 hari . Hal ini bermakna bagi kita yang mengikut mazhab Imam Syafiee , tempoh maksima untuk nifas sekiranya masih ada darah adalah 60 hari . WallahuA'lam ...

Siri Susu Ibu Ekslusif

Image
http: //www.susuibu.com Link yang memberi banyak maklumat mengenai penyusuan ibu secara ekslusif... Saya terjumpa link ni semasa membuat carian untuk mengetahui maklumat mengenai tempoh simpanan susu ibu. Berdasarkan pemahaman saya selepas membaca maklumat di situ, susu yang disimpan di bahagian bawah peti sejuk boleh tahan selama 24 - 72 jam manakala yang dibekukan boleh tahan sehingga 3 bulan. Tempoh ini pula banyak bergantung kepada cara mensteril bekas susu dan jenis peti sejuk yang digunakan. Sebagai contoh, peti sejuk dua pintu lebih menjamin ketahanan susu tersebut berbanding yang berpintu satu sahaja kerana bahagian beku peti sejuk dua pintu jarang dibuka berbanding dengan peti sejuk satu pintu. Kepada ibu-ibu bekerja yang merancang untuk menyusukan anak secara ekslusif selama yang mampu sehingga bayi berumur dua tahun bolehlah mengatur perancangan secara teratur bermula dari dalam pantang lagi. Sepanjang masa pantang, berusahalah untuk menyediakan stok susu da...

Manifestation of Sarawak Cultural Arts

Mesco 2008 Manifestation of Sarawak Cultural Arts ENHANCING THE SARAWAK CULTURAL ARTS Venue : Dewan Suarah Kuching Date : 25th and 26th July 2008 Time : 8.00 p.m CAPERENA PRESENTS AUTHENTHIC and CREATIVE ARTS PERFORMANCES IN DANCE, MUSIC AND THEATRE BY WELL-KNOWN GROUP ORGANISED BY: Cultural arts Performers’ Arena Ticket RM 10 available at: MSN Gymnasium Counter, Dewan Suarah Complex Kuching Or CAPERENA Contact Person: Encik SHARKAWI BIN HAJI AMIT 0198394222 OR 016 8878090 OR 082 259468 (o)

Kelebihan puasa di Bulan Rejab (Petikan e-mel)

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bu...

Majalah Harmoni

HARMONI merupakan sebuah majalah kekeluargaan yang banyak memberi fokus kepada isu-isu yang berkaitan dengan kekeluargaan dan kemasyarakatan seperti pengurusan rumahtangga dan kewangan, masakan, kesihatan, psikologi keluarga, pendidikan anak-anak, kraftangan serta banyak lagi tip-tip dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan dunia wanita dan keluarga mereka. Majalah ini mula diterbitkan pada bulan Oktober 2004. Majalah Harmoni juga diperhatikan menggunakan pendekatan menarik dalam paparan muka depan di mana golongan selebriti seperti Ina Naim dan Lisdawati pernah dipaparkan sebagai personaliti muka depan. Secara ringkas, majalah Harmoni sesuai sebagai bacaan rujukan bermanfaat keluarga. Sasaran:Keluarga&Wanita. Umur:20-35 tahun. Terbitan: Dwi Bulanan. Laman web: http://www.utusankarya.com.my

Interior Plantscaping

Interior Plantscaping - Bringing the Outdoors in Interiorscaping originated in the Denver Metro area some time in the late 1950's or the very early 1960's. A small group of plant people came up with the novel idea of placing houseplants in offices for hire. Today the trade has grown and matured into a multi-million dollar industry. Every where you go... offices, hotels, banks, shopping malls, restaurants, airports... all have live tropical plants enhancing their interior environment. Many modern buildings are actually built around the placement of interior plants. But why plants? You may not realize it... but interior plants can be a powerful tool: Employee productivity... productivity is one of the greatest benefits of interior plants. Studies have shown that work areas with interior plants increase employee moral, productivity and employee job satisfaction. Large open areas... will feel more inviting. Interior plants function as sound absorbers removing the echo from large sp...

Lucky bamboo

Petikan dari pelbagai laman web yang dinyatakan. Quick Tips: Lucky Bamboo As millions of "lucky" consumers around the world have discovered, Lucky Bamboo makes the perfect house or office plant. It needs little care - only aboutt an inch of water and little direct sunlight to keep it happy and thriving... What is Lucky Bamboo? Known for centuries as Lucky Bamboo, the plant is not a bamboo at all (botanical name: Dracaena) but a resilient member of the lily family that grows in the dark, tropical rainforests of Southeast Asia and Africa. How Much Care Does Lucky Bamboo Need? Keep water fresh by changing it every week, and always keep water levels at approximately an inch from the base of the canes. Lucky Bamboo prefers plenty of indirect sunlight and room temperatures at 65-70o. Although opinions differ on feeding, your Lucky Bamboo is a living organism, so it makes sense to occasionally add a mild solution to the water such as African Violet fertilizer. Since growth can be c...

Jurnal Yadim

Sekadar berkongsi maklumat dengan khalayak untuk melangsaikan tanggungjawab saya sebagai penulis untuk hari ini. Memandangkan saya bercadang untuk menghasilkan satu penulisan ilmiah untuk dihantar ke pihak badan agama, saya mula merujuk pelbagai bahan-bahan berkaitan untuk memeprtimbnagkan tajuk penulisan. Di sini saya ingin berkongsi tajuk-tajuk esei yang diterbitkan oleh Jurnal Yadim Bilangan Keempat April 2003: Globalisasi: Impak dan dilema keselamatan negara pasca 2000 (Supt Dr Hj Ab. Rahman Hj Ismail) Dakwah dan jalinan Intelektual di rantau Melayu-Indonesia: Satu Analisis Sejarah (Prof Madya Dr Rahimin Affendi Abd Rahim) Quranic Injunctions: A Miracle in its Applicability and Felxibility (Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah) Islam dan Muhammad SAW dari Perspektif Karen Armstron (Shahrom TM Sulaiman) Metodologi Dakwah kepada Non-Muslim Menurut Al-Quran dan Sirah Nabawiyyah (Ahmad Redzuwan Mohd Yunus) Al-Imam Al-Shafii dan Persoalan {emantapan Pembangunan Ummah Masa Kini...

Wahai Penulis...

Penulis berperanan.... merakam cetusan peristiwa melalui mata pena merekod sejarah untuk tatapan generasi masa depan mendidik masyarakat mengenai isu yang mereka terlepas pandang menjadi agen perubahan dengan mengetengahkan isu-isu semasa menyediakan maklumat untuk masyarakat membuat pilihan dan keputusan membekalkan tips untuk menjadi individu cemerlang dari pelbagai sudut memaparkan pelbagai resepi yang membuka selera menjadi pemandu pelancong kepada pengembara menjelaskan kekeliruan masyarakat terhadap sesuatu isu mendedahkan masyarakat kepada keindahan seni mengupas idea-idea baru untuk dibincangkan dan diperdebatkan melontar pandangan-pandangan kritikal untuk meransang pemikiran umum menajamkan pemikiran masyarakat mengkritik kepincangan semasa mencadangkan penyelesaian permasalahan semasa menjadi penghubung kepada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat melalui tulisan mereka berkongsi maklumat mengenai katak... :) ...

Risau mengenai urusan simpankira?...

Mungkin ramai peniaga yang merancang untuk menyelenggara akaun perniagaan tetapi belum berkesempatan untuk mendapatkan perkhidmatan professional untuk tujuan tersebut. Anda usah risau kerana untuk sementara waktu anda boleh memastikan yang perniagaan anda menyimpan rekod yang sepatutnya ada untuk memudahkan proses perakaunan di kemudian hari. Jadi, apakah perkara yang paling minima yang harus anda lakukan?... Baiklah.. Di ruang yang terhad ini saya akan cuba berkongsi maklumat serba sedikit mengenai perkara-perkara asas yang diperlukan untuk memudahkan rekod simpanan maklumat akaun perniagaan anda. 1. Anda harus menyimpan dengan baik semua dokumen berkaitan dengan wang keluar yang melibatkan perniagaan anda. Sebagai contoh, setiap bayaran yang berkaitan dengan perniagaan sama ada untuk pembelian barang jualan atau pembayaran bil, salinan invois atau bil dari pembekal hendaklah disimpan dengan teratur di dalam satu fail khas. 2. Anda juga perlu menyimpan semua dok...