Ziarah Jumaat
Menjenguk pelbagai blog (blogwalking ya?.. ), saya menemui banyak permata yang bertaburan. Terpulanglag pada kita pengembara ini untuk memanfaatkannya. Jadi, saya ambil peluang untuk mengikuti blog-blog tersebut. Di antaranya ialah Suatu Perjalanan dan Iman Cahaya Ketenangan . Kalau nak dibanding dengan blog saya, terlalu jauh bezanya. Mungkin terlalu sedikit yang boleh dikongsi untuk memanfaatkan penziarah. Isshh... sayu pulak rasanya ya... Tapi, sekurang2 nya ziarah blog saya pada hari Jumaat ini mengetuk sedikit pintu hati saya untuk muhasabah diri setakat yang mampu. Untuk rakan-rakan blog, sebarang teguran amat dialu2kan dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman anda yang berharga untuk dimanfaatkan bersama.