Bahagiakah saya?.
Salam... Hujung minggu lepas saya "berdrama" dengan Fatihah. Fatihah merupakan anak yang sulung, jadi banyak situasi saya bersamanya merupakan yang pertama. Mungkin kerana dia anak yang sulung, saya cenderung untuk mengharapkan yang terbaik darinya sejak mula. Kerap, apabila timbul keadaan yang memerlukan saya menegurnya, saya akan "berceramah" seperti saya berbicara dengan orang yang lebih dewasa. Hasilnya, ia kembali kepada saya semula. Maknanya, apabila Fatihah meluahkan perasaannya, dia akan menggunakan istilah2 yang "dewasa" seperti konsep kebahagiaan. Jadi, hujung minggu lepas, apabila saya menegurnya, dia pun meluahkan "masalah"nya di sekolah yang menyebabkan dia tidak bahagia... Alamak... Saya pun mula menyusun ayat... Hakikatnya, setiap kali saya "berceramah" dengan Fatihah, saya sebenarnya menegur diri saya sendiri... Kerana setiap apa yang saya luahkan, turut didengar oleh telinga saya sendiri. Dan hari itu saya menyedari hak...